Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Kadar pengangguran menurun
Published on: Sunday, March 08, 2026
Published on: Sun, Mar 08, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Kadar pengangguran menurun
Khairul berkata Kesuma dan Perkeso turut merangka strategi komprehensif yang melibatkan intervensi awal bermula di peringkat sekolah melalui program penerokaan kerjaya MyFutureJobs Career Exploration.
SANDAKAN: Kadar pengangguran di Sabah menunjukkan trend pemulihan signifikan, menurun kepada 5.4 peratus pada suku keempat 2025 berbanding 7.2 peratus dalam tempoh sama pada 2024.

Timbalan Menteri Sumber Manusia (Kesuma), Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, penurunan ini menyaksikan seramai 30,400 individu di Sabah berjaya keluar daripada statistik pengangguran hasil inisiatif penempatan pekerjaan yang agresif dan berterusan.

Advertisement
Kesuma melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga terus memberikan tumpuan serius terhadap cabaran ketidakpadanan pekerjaan di Sabah yang mencecah 47.7 peratus, iaitu lebih tinggi berbanding purata nasional 43.8 peratus.

“Masih terdapat ramai graduan tempatan terperangkap dalam isu bekerja di luar bidang kelayakan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kesuma akan terus memperkasa intervensi program Lindung Kerjaya Kerjaya MyFutureJobs melalui Perkeso agar lebih ramai pencari kerja mendapat padanan kerja sesuai dengan mereka. 

“Bagi memastikan proses padanan kerja lebih pantas dan tepat, Portal MYFutureJobs juga kini diperkasakan dengan teknologi kecerdasan buatan (Al), yang membuahkan hasil menerusi rekod penempatan seramai 62,436 pencari kerja di seluruh Sabah setakat 20 Februari 2026.

Advertisement
“Insiatif ini turut diperkukuhkan lagi melalui program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Tvet) di bawah dasar Tvet Negara 2030 bagi melahirkan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi di Sabah,” tambahnya. 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Karnival Lindung Kerjaya MyFutureJobs @ Sandakan 2026 di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini pada Sabtu. Teks ucapan beliau disampaikan Timbalan Ketua Eksekutif Operasi Perkeso, Azirruan Ariffin.

Advertisement
Khairul berkata Kesuma dan Perkeso turut merangka strategi komprehensif yang melibatkan intervensi awal bermula di peringkat sekolah melalui program penerokaan kerjaya MyFutureJobs Career Exploration.

Inisiatif itu bertujuan memastikan laluan kerjaya generasi muda Sabah lebih terarah dan memberi impak sebelum mereka memasuki pasaran buruh sebenar.

“Sebagai langkah jangka panjang, Kerajaan Persekutuan dan Sabah juga akan terus bekerjasama untuk memperluaskan ekosistem pasaran buruh yang cekap ke pekan-pekan kecil di seluruh negeri.

“Usaha kolektif ini bertujuan mengurangkan pengangguran secara sistematik sambil meningkatkan taraf hidup rakyat melalui tenaga kerja yang kompetitif dan dilindungi,” katanya.

Mengenai Lindung, beliau berkata ia merupakan penjenamaan semula skim perlindungan keselamatan sosial Perkeso yang dilancarkan pada 22 Ogos 2025 sebagai langkah strategik untuk memperkukuh peranan agensi itu dalam melindungi rakyat.

Inisiatif tersebut merangkumi empat akta berkaitan, iaitu Lindung Pekerja (Akta 4), Lindung Kerjaya (Akta 800), Lindung Kendiri (Akta 789) dan Lindung Kasih (Akta 838).

Pendekatan itu direka agar lebih segar, inklusif, mudah diingati serta lebih berkesan dalam menyampaikan mesej perlindungan sosial secara meluas dan efektif.

Ia juga bertujuan memperluas capaian, meningkatkan kesedaran serta mengukuhkan keyakinan orang ramai terhadap Perkeso sebagai pelindung utama keselamatan sosial.

Sebanyak 300 kekosongan jawatan ditawarkan oleh 16 majikan yang menyertai karnival bertemakan ‘Perkeso Lindung’ itu, mencerminkan komitmen Kesuma dalam memastikan setiap rakyat Malaysia mempunyai akses yang adil kepada peluang pekerjaan serta dilindungi oleh jaringan keselamatan sosial yang kukuh.

Pada majlis sama, bakul bantuan Kesuma Madani turut disampaikan kepada penerima asnaf dari kawasan Batu Sapi sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri, selain penyampaian surat tawaran pekerjaan kepada pencari kerja yang berjaya memperoleh pekerjaan daripada majikan yang mengambil bahagian.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here