Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Sabah, Sarawak penting bersatu
Published on: Sunday, March 01, 2026
Published on: Sun, Mar 01, 2026
By: Hayati Dzulkifli
Text Size:
Text:
Sabah, Sarawak penting bersatu
“Masih terdapat perbezaan pandangan yang memerlukan perbincangan lanjut antara kedua-dua pihak. Sabah akan mempertahankan pendirian tegas bahawa pembayaran 40 peratus itu mesti dikembalikan semula, khususnya dalam tempoh 180 hari yang ditetapkan Mahkamah Tinggi, iaitu keputusan bersama perlu dicapai dalam tempoh tersebut," kata Ewon.
PUTATAN: Sabah akan terus mempertahankan tuntutannya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya hak 40 peratus hasil negeri, apabila Jawatankuasa Teknikal MA63 bermesyuarat esok (Isnin), kata Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) Datuk Ewon Benedick.

Ewon, yang juga anggota Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 mewakili Sabah berkata, dua mesyuarat peringkat pegawai kanan telah diadakan sebelum ini yang dipengerusikan bersama oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan daripada Kementerian Kewangan Persekutuan.

Advertisement
“Masih terdapat perbezaan pandangan yang memerlukan perbincangan lanjut antara kedua-dua pihak. Sabah akan mempertahankan pendirian tegas bahawa pembayaran 40 peratus itu mesti dikembalikan semula, khususnya dalam tempoh 180 hari yang ditetapkan Mahkamah Tinggi, iaitu keputusan bersama perlu dicapai dalam tempoh tersebut. Itu pandangan saya sebagai anggota Kabinet.

“Namun sebagai Presiden Upko, seperti yang saya nyatakan di Parlimen, Kerajaan Persekutuan sepatutnya menarik balik rayuan yang difailkan kerana ia menimbulkan persepsi dan kecurigaan dalam kalangan rakyat Sabah,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau mempersoalkan tindakan Kerajaan Persekutuan meneruskan rayuan sekiranya benar-benar komited untuk mengembalikan pembayaran hak hasil 40 peratus kepada Sabah.

Dalam pada itu, Ewon turut menyatakan sokongan terhadap tindakan Kerajaan Sarawak mencabar tiga undang-undang Persekutuan di mahkamah.

Advertisement
Sarawak pada 23 Feb 2025 memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan bagi menentukan kesahan perlembagaan serta keberterusan pemakaian Akta Pembangunan Petroleum 1974, Akta Pelantar Benua 1966 dan Akta Perlombongan Petroleum 1966 terhadap negeri itu.

Ia menyatakan bahawa akta-akta Persekutuan tersebut memberi kesan buruk serta menafikan hak Sarawak terhadap sumber asli negeri itu, termasuk minyak dan gas, yang terdapat di Pelantar Benua dalam sempadan wilayah sebagaimana diperluas dan ditakrifkan menerusi Sarawak (Alteration of Boundaries) Order in Council 1954 dan Sarawak (Definition of Boundaries) Order in Council 1958.

Advertisement
Di bawah MA63 serta instrumen perlembagaan yang dilampirkan bersamanya, hak kedaulatan terhadap sumber petroleum di dasar laut dalam sempadan Sarawak telah diserahkan oleh Kerajaan British kepada Sarawak pada Hari Malaysia, dan bukannya kepada Persekutuan atau Kerajaan Persekutuan.

Ewon berkata Upko menyokong tindakan seperti itu sebab ia turut memberi implikasi kepada Sabah kerana sebarang keputusan mahkamah bakal memberikan kejelasan terhadap pertikaian berkaitan hak sumber asli yang turut dibincangkan dalam Majlis MA63.

“Saya akan memberikan pandangan sekiranya perkara ini dibangkitkan dalam Kabinet Sabah. Kenyataan ini adalah kapasiti saya sebagai Presiden Upko dan bukan sebagai Timbalan Ketua Menteri.

“Pada masa sama, saya juga akan bertemu Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Parlimen serta rakan sejawat dari Kerajaan Sarawak bagi memahami dengan lebih mendalam rasional tindakan tersebut,” katanya.

Ewon, yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, berkata demikian ketika menghadiri majlis berbuka puasa Persatuan Anak Malaysia Sabah (PAMS) di kediaman penaungnya Rosdi Wasli di Kampung Contoh, Kuala Petagas.

Pada majlis itu, beliau turut mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada PAMS bagi menyokong aktiviti kebajikan persatuan berkenaan selain menyaksikan penyerahan bantuan kewangan kepada 14 mangsa kebakaran di kampung tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here