Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
Tambahan tong roro untuk tampung jumlah sisa pepejal
Published on: Monday, February 23, 2026
Published on: Mon, Feb 23, 2026
By: Ibrahim Tabir
Text Size:
Text:
Tambahan tong roro untuk tampung jumlah sisa pepejal
TONG sampah di Kunak Plaza penuh dan tidak menampung jumlah sisa pepejal terutama ketika bulan Ramadan dan perayaan.
KUNAK: Syarikat konsesi yang bertanggungjawab dalam proses pemunggahan sisa pepejal di sini digesa untuk menambah tong roro di kawasan perniagaan komersial bangunan Kunak Plaza bagi menampung jumlah sampah yang bertambah setiap hari.

Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Kunak (MDKNK) Mohd Nazri Pintal berkata, pihaknya akan mengesyorkan cadangan itu kepada pihak konsesi dalam masa terdekat berikutan terdapat aduan pengguna mengenai lambakan sisa pepejal yang melimpah di luar tong sampah di kawasan tersebut.

Advertisement
Ketika ini terdapat hanya beberapa tong beroda domestik dan sebuah tong roro disediakan di Kunak Plaza untuk kegunaan awam, namun ia masih tidak menampung jumlah sisa pepejal yang dibuang setiap hari.

“Majlis akan berhubung dengan pihak konsesi untuk tambah sebuah lagi tong roro di Kunak Plaza untuk menampung jumlah sisa domestik,” kataya Ahad.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Kerja-kerja kutipan/pemunggahan sampah juga dilakukan mengikut jadual dengan penambahan trip oleh lori dan kompaktor sedia ada.

Menurutnya, jumlah pertambahan sampah sudah dijangka berlaku seperti tahun-tahun lepas apabila musim perayaan tiba seperti Tahun Baharu Cina, bulan Ramadan dan sambutan Aidil Fitri.

Advertisement
Kebiasaannya, sisa pepejal meningkat drastik sekitar 10 hingga 30 peratus semasa musim perayaan terutama sepanjang Ramadan dan menjelang sambutan Aidil Fitri. Antaranya peningkatan sisa makanan, sisa pukal dan pembungkusan.

Tinjauan Harian Ekspres mendapati pekerja pembersihan terpaksa melakukan kerja lebih masa untuk mengawal kawasan sekitar bagi memastikan sampah yang bertaburan dan berlonggok di luar tong tidak diselongkar haiwan liar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here