Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Sabah catat jumlah kes tibi tertinggi
Published on: Sunday, February 22, 2026
Published on: Sun, Feb 22, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Sabah catat jumlah kes tibi tertinggi
Untuk tujuan ilustrasi sahaja. - Getty Images
PUTRAJAYA: Sebanyak 596 kes baharu tuberkulosis atau tibi dikesan di seluruh negara sehingga Minggu Epidemiologi keenam tahun ini (ME 6/2026) menjadikan bilangan keseluruhan kepada 3,161 kes setakat ini. 

Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan Sabtu memaklumkan Sabah mencatatkan jumlah kes tertinggi, iaitu 755 kes diikuti Selangor (596 kes), Sarawak (332 kes), Johor (280 kes) serta Kuala Lumpur dan Putrajaya (244 kes). 

Advertisement
Sebanyak 181 kes direkodkan di Kedah, Pulau Pinang (172 kes), Perak (154 kes), Kelantan (121 kes),  Pahang (103 kes), Terengganu (74 kes), Negeri Sembilan (62 kes), Melaka (48 kes), Perlis (21 kes) dan Labuan (18 kes).

KKM memaklumkan Ramadan bukan punca penularan penyakit itu, namun peningkatan aktiviti sosial dan perhimpunan sepanjang bulan ini secara umumnya meningkatkan interaksi dalam kalangan masyarakat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Orang ramai digalakkan mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul, memastikan pengudaraan yang baik di ruang tertutup, memakai pelitup muka jika bergejala atau di tempat sesak dan mendapatkan pemeriksaan kesihatan sekiranya batuk berpanjangan melebihi dua minggu atau mengalami gejala lain.

Selain itu, risiko penularan boleh meningkat sekiranya seseorang terdedah dalam tempoh yang panjang di ruang tertutup, sesak dan kurang pengudaraan, khususnya jika terdapat individu dengan tibi aktif yang belum menjalani rawatan. 

Advertisement
“Namun, risiko sebenar bergantung kepada beberapa faktor termasuk tempoh pendedahan, keadaan pengudaraan dan tahap kesihatan individu terlibat,” menurut kenyataan itu. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here