Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Mangsa banjir di Sabah terus meningkat
Published on: Sunday, February 22, 2026
Published on: Sun, Feb 22, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Mangsa banjir di Sabah terus meningkat
JALAN Paitan–Kanibongan terputus apabila laluan di kawasan Kampung Kubambangan dinaiki air banjir ketika tinjauan pada Sabtu. – fotoBERNAMA
Kuala Lumpur: Situasi banjir di Sabah dilaporkan semakin memburuk petang Sabtu apabila jumlah mangsa yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus mencatatkan peningkatan, manakala Sarawak mula mengaktifkan PPS pertamanya di Kuching.

Di SABAH, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan bahawa jumlah mangsa banjir meningkat kepada 4,652 orang setakat 4 petang Sabtu berbanding 3,768 orang pada 12 tengah hari.

Advertisement
“Kesemua mangsa daripada 1,799 keluarga itu ditempatkan di 25 PPS di tiga daerah terjejas iaitu Pitas, Kota Marudu dan Paitan. Daerah Pitas mencatatkan peningkatan jumlah mangsa kepada 2,013 orang (787 keluarga) berbanding 1,653 orang (621 keluarga) tengah hari tadi, manakala Paitan merekodkan peningkatan mendadak kepada 716 mangsa (234 keluarga) berbanding 192 mangsa sebelumnya,” katanya dalam satu kenyataan, Sabtu.

Di Kota Marudu, jumlah mangsa kekal seramai 1,923 orang daripada 778 keluarga.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beberapa penduduk keluar dari kawasan itu menggunakan perahu. – fotoBERNAMA

Sementara itu, di SARAWAK, JPBN negeri itu menerusi satu kenyataan memaklumkan sebuah PPS dibuka di Masjid Darul Istiqlaal, Kampung Sungai Maong, Kuching pada 11 pagi Sabtu.

Advertisement
“Seramai 63 mangsa daripada 17 keluarga telah dipindahkan ke PPS berkenaan dan trend pemindahan mangsa ketika ini menunjukkan peningkatan,” menurut kenyataan itu.

Rabu lepas, Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca lembap berterusan di Sabah dan Sarawak sepanjang minggu ini, dengan hujan dijangka berlaku di beberapa kawasan susulan luruan angin monsun yang memasuki rantau negara. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here