Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Hampir 2,000 kes kebakaran direkod di Sabah tahun lalu
Published on: Monday, February 16, 2026
Published on: Mon, Feb 16, 2026
Text Size:
Text:
Hampir 2,000 kes kebakaran direkod di Sabah tahun lalu
FOTO untuk ilustrasi sahaja.
Kota Kinabalu: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah merekodkan 1,910 kes kebakaran yang mengorbankan 13 nyawa dengan kerugian mencecah RM145 juta pada 2025 di seluruh negeri.

Pengarahnya Mohd Pisar Aziz berkata daripada jumlah itu, kebakaran struktur menyumbang 42 peratus manakala 692 kes berpunca daripada nyalaan elektrik, sekali gus menjadikannya punca utama kebakaran di rumah.

Advertisement
“Data ini menegaskan kepentingan meningkatkan kepekaan terhadap risiko kebakaran, khususnya akibat penggunaan elektrik di rumah.

“Pencegahan awal dan pemantauan rutin seperti memastikan suis elektrik dan peralatan rumah dalam keadaan selamat sebelum ditinggalkan dapat mengurangkan risiko kebakaran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Musim perayaan memang dinanti, tetapi kegembiraan sambutan perlu seiring dengan kesedaran keselamatan,” katanya semasa Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran dan Siaga Raya 2026 pada Sabtu.

Majlis itu dirasmikan oleh Setiausaha Politik Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Abdul Wahid Abdul Razak.

Advertisement
Pisar menyeru masyarakat supaya sentiasa mengambil tindakan mudah tetapi kritikal seperti mematikan suis elektrik sebelum meninggalkan rumah serta memastikan lilin dan dapur tidak ditinggalkan tanpa pengawasan.

“Selain itu, elakkan bermain mercun atau bunga api tanpa kawalan dan simpan nombor kecemasan bomba di tempat yang mudah dicapai.

Advertisement
“Langkah-langkah ini mampu menyelamatkan nyawa dan harta benda, di samping menyemai budaya keselamatan yang mantap dalam komuniti dengan menjadikan keselamatan sebagai tanggungjawab bersama,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here