Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Konsulat India akan tingkat profil Sabah 
Published on: Saturday, February 14, 2026
Published on: Sat, Feb 14, 2026
Text Size:
Text:
Konsulat India akan tingkat profil Sabah 
Yong berkata India sebagai kuasa ekonomi menawarkan pasaran yang besar untuk minyak sawit Sabah, hasil pertanian dan produk lain serta menekankan persamaan seperti penggunaan bahasa Inggeris, hubungan Komanwel, sistem perundangan dan undang-undang perniagaan, selain kemajuan India dalam bidang sains, teknologi dan perubatan.
Kota Kinabalu: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee berkata penubuhan lebih banyak misi diplomatik di Sabah akan meningkatkan profil antarabangsa negeri ini serta merancakkan perdagangan dan pelancongan.

“Baru bulan lalu, Singapura mengumumkan sebuah konsulat akan ditubuhkan di Kota Kinabalu tahun ini. Indonesia, Jepun, Brunei, China dan Korea sudah pun mempunyai misi diplomatik di Sabah,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata India sebagai kuasa ekonomi menawarkan pasaran yang besar untuk minyak sawit Sabah, hasil pertanian dan produk lain serta menekankan persamaan seperti penggunaan bahasa Inggeris, hubungan Komanwel, sistem perundangan dan undang-undang perniagaan, selain kemajuan India dalam bidang sains, teknologi dan perubatan.

Sehubungan itu, beliau menggesa Kerajaan Sabah supaya memberi maklum balas terhadap cadangan terbabit.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Yong berkata dalam satu kenyataan bahawa rakyat Sabah sedang menantikan respons susulan pengumuman Perdana Menteri mengenai konsulat itu.

Beliau menyatakan bahawa empat hari telah berlalu sejak sidang media bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri India Mahendra Modi mengenai cadangan terbabit namun Kerajaan Sabah masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Advertisement
Yong menyifatkan kesunyian itu sebagai menghairankan dan berkata penubuhan misi asing di mana-mana negeri di Malaysia sebagai amalan tadbir urus yang baik, memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri terbabit.

“Ketiadaan respons ini malangnya telah menimbulkan spekulasi dan tanggapan negatif di media sosial mengenai cadangan konsulat India itu,” katanya

Advertisement
Beliau mempersoalkan sama ada Kerajaan Sabah telah dirujuk, sama ada ia terkejut dengan pengumuman terbabit dan apakah pendiriannya mengenai perkara itu.

“Mengapa Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa serta kerajaan Sabah sendiri masih berdiam diri? Sewajarnya ketika ini kedua-dua kerajaan Persekutuan dan Sabah telah menjelaskan manfaat dan sifat asas misi diplomatik India yang dicadangkan itu sama seperti konsulat-konsulat lain di Sabah?”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here