LABUAN: Labuan wajar memiliki projek marina dan pusat konvensyen antarabangsa tanpa perlu membatalkan projek marina bernilai RM38 juta yang telah diluluskan semata-mata untuk memberi laluan kepada pembinaan pusat konvensyen terbabit.
Ketua Persatuan Hal Ehwal Wanita Labuan (Hawa) Fauziah Din berkata jika Kuala Lumpur boleh mempunyai pelbagai projek mega bernilai jutaan ringgit mengapa tidak Labuan turut menikmati sebahagiannya.
“Hal ini memandangkan Labuan juga merupakan Wilayah Persekutuan yang penting, pusat kewangan dan bergantung kepada sektor pelancongan untuk menggerakkan ekonomi tempatan.
“Tambahan pula apabila Labuan dijadikan Wilayah Persekutuan pada 1984 tiada pampasan dibayar sebaliknya ia dibuat atas harapan tinggi bahawa Labuan akan makmur dengan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.
Advertisement





