Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Published on: Tuesday, February 10, 2026
Published on: Tue, Feb 10, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Kasim berkata kedua-dua suspek bukan sahaja enggan memberhentikan kenderaan, malah cuba mengancam anggota penguat kuasa dengan menghimpit kenderaan polis ke laluan bertentangan.
Kota Kinabalu: Polis menahan dua lelaki termasuk seorang bekas anggota pasukan keselamatan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri kabel telekomunikasi selepas dikejar lebih sejam dalam kejadian di sini, Sabtu lepas. 

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata ketika kejadian pada 6.30 pagi itu, kedua-dua lelaki terbabit dikesan sedang melakukan aktiviti memotong kabel telekomunikasi di kawasan Maktab Gaya, Luyang.

Advertisement
“Ketika cuba ditahan, kedua-dua suspek bertindak agresif untuk meloloskan diri daripada ditahan kereta peronda polis (MPV) dengan menaiki pacuan empat roda.

“Insiden berkenaan berakhir di Taman Putra Perdana, Telipok selepas kenderaan dinaiki suspek terbabas akibat tayar belakang kenderaan pecah dan suspek berjaya ditahan selepas dikejar lebih sejam,” katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kasim berkata kedua-dua suspek bukan sahaja enggan memberhentikan kenderaan, malah cuba mengancam anggota penguat kuasa dengan menghimpit kenderaan polis ke laluan bertentangan.

“Tindakan itu turut membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain apabila suspek memandu secara melulu di beberapa laluan awam,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata pemeriksaan di dalam kenderaan suspek menemukan tiga batang kabel Telekom, peralatan memotong kabel, sepucuk pistol tiruan dan pelbagai peralatan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti jenayah.

“Pemeriksaan turut menjumpai dadah jenis syabu seberat 0.44 gram dan hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis syabu.

Advertisement
Suspek, katanya, akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 431A akta sama berkaitan kecurian kabel serta Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here