Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Pelajar Sabah dipelawa mohon Biasiswa Shell Malaysia
Published on: Friday, February 06, 2026
Published on: Fri, Feb 06, 2026
Text Size:
Text:
Pelajar Sabah dipelawa mohon Biasiswa Shell Malaysia
TUN Musa menerima cenderamata daripada Siti ketika kunjungan hormat tersebut.
Kota Kinabalu: Pelajar-pelajar cemerlang Sabah dipelawa memohon Program Biasiswa Shell Malaysia 2026 yang akan dibuka bermula Mac ini. 

Pengerusi Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman berkata, ketika ini tujuh pelajar dari Sabah sedang mengikuti pengajian di bawah tajaan Program Biasiswa Shell, kebanyakannya melanjutkan pengajian di United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Advertisement
‘’Program biasiswa berkenaan merupakan inisiatif tahunan Shell Malaysia bagi melahirkan bakat tempatan berpotensi tinggi dengan pengambilan baharu dibuat setiap tahun.

“Secara keseluruhan, Shell Malaysia mengambil antara enam hingga 10 pelajar dari seluruh negara setiap tahun. Bagi Sabah, kuota boleh ditingkatkan bergantung kepada jumlah permohonan dan kualiti pelajar yang memohon. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Jika lebih ramai pelajar cemerlang tampil memohon, kami bersedia menambah kuota,” katanya selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, pada Khamis.

Menurut Siti, kunjungan tersebut memaklumkan Tun Musa tentang perkembangan serta komitmen berterusan Shell Malaysia terhadap pelaburan serta operasi di Sabah.

Advertisement
“Kami telah beroperasi di Sabah selama lebih 40 tahun dan kekal komited untuk melabur dalam jangka panjang,” ujarnya.

Hadir sama, Pengurus Besar Sabah Shell Petroleum Company Limited, Alexon Jong; Pengurus Besar Perhubungan Korporat Malaysia Timur, Jonathan Jolly dan Penasihat Perhubungan Korporat Malaysia Timur, Liz Kumar.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here