Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Jalan berlubang cetus kemarahan penduduk Kampung Pulutan
Published on: Tuesday, January 20, 2026
Published on: Tue, Jan 20, 2026
Text Size:
Text:
Jalan berlubang cetus kemarahan penduduk Kampung Pulutan
KEADAAN jalan rosak dan dipenuhi lubang di Jalan Limpugou Simpang 1, Kampung Pulutan.
Kota Kinabalu: Penduduk Kampung Pulutan di Manggatal khususnya pengguna Jalan Limpugou Simpang 1 meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kegagalan pihak berkuasa menyelesaikan masalah jalan rosak dan sistem perparitan tidak berfungsi sejak sekian lama.

Wakil penduduk Abdullah Jimon berkata keadaan jalan yang dipenuhi lubang besar bukan sahaja menyusahkan malah menimbulkan risiko keselamatan serius kepada penduduk serta pengguna jalan raya.

Advertisement
Menurutnya keadaan menjadi lebih buruk ketika hujan apabila lubang-lubang tersebut dipenuhi air sehingga kelihatan seperti “kolam ikan” sekali gus menyukarkan pemandu menganggarkan kedalaman sebenar dan meningkatkan risiko kerosakan kenderaan serta kemalangan yang boleh mengancam nyawa.

Abdullah berkata tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) serta kontraktor yang dilantik dilihat seolah-olah diabaikan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kami mempersoalkan kualiti pemantauan oleh JKR dan DBKK. Mengapa kontraktor yang dianugerahkan kontrak penyelenggaraan dibenarkan mengabaikan tugas mereka? Adakah bayaran masih dibuat walaupun kerja tidak dilaksanakan mengikut spesifikasi?” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Selain kerosakan jalan beliau berkata sistem perparitan di kawasan itu tersumbat dan dipenuhi semak tebal sekali gus menghalang aliran air. 

Advertisement
Keadaan ini menyebabkan air sisa dan air hujan melimpah ke atas jalan seterusnya mempercepatkan lagi kerosakan permukaan jalan.

Penduduk turut menggesa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen kawasan berkenaan supaya campur tangan dan tidak terus berdiam diri.

Advertisement
“Kami tidak lagi mahu alasan atau janji kosong. Sebagai wakil rakyat yang dipilih keselamatan dan kebajikan infrastruktur asas seperti jalan raya sepatutnya menjadi keutamaan,” katanya.

Mereka turut menuntut kedua-dua wakil rakyat itu turun padang melihat sendiri keadaan sebenar dan memastikan peruntukan penyelenggaraan disalurkan segera.

Antara tuntutan penduduk ialah supaya JKR dan DBKK menjalankan siasatan segera terhadap kontraktor yang dilantik, melaksanakan pembaikan jalan secara menyeluruh dan bukan sekadar tampalan sementara serta membersihkan saliran tersumbat bagi mengelakan kejadian banjir kilat.

Abdullah berkata penduduk juga mahu Jalan Kampung Pulutan disenaraikan sebagai projek keutamaan kecemasan.

Penduduk memberi amaran akan terus mengetengahkan isu tersebut di media sosial sekiranya tiada tindakan fizikal diambil dalam masa terdekat sambil menegaskan bahawa kesabaran orang ramai ada batasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here