Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Tujuh sekolah di Sabah masih ditutup
Published on: Tuesday, January 13, 2026
Published on: Tue, Jan 13, 2026
By: Ethan Ryan
Text Size:
Text:
Tujuh sekolah di Sabah masih ditutup
RAISIN (duduk, tengah) bersama Pembantu Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi dan Inovasi Sabah, Jordan Jude Ellron (duduk, kedua dari kiri) serta Ketua Polis Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai (duduk, kiri) bersama warga sekolah selepas penyampaian barangan keperluan kepada 76 pelajar Tingkatan 1 di SMK Trus Madi.
Tenom: Sebanyak tujuh sekolah rendah di dua daerah di Sabah yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh tidak dapat memulakan hari pertama sesi persekolahan 2026 pada Isnin, sekali gus menjejaskan seramai 1,131 murid.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata lima sekolah rendah di Beaufort masih terjejas akibat banjir, manakala sebuah sekolah di Tenom terpaksa ditutup atas faktor keselamatan susulan kejadian tanah runtuh di dalam kawasan sekolah.

Advertisement
Sekolah-sekolah terjejas di Beaufort ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bangkalalak, SK Garama, SK Jabang, SK Lago dan SK Suasa.

“Sebuah lagi sekolah yang masih ditutup ialah SK Simpang di Tenom berikutan kebimbangan keselamatan, berdasarkan nasihat Jabatan Kerja Raya selepas berlakunya tanah runtuh di kawasan sekolah itu,” katanya dalam satu kenyataan bersempena pembukaan sesi persekolahan 2026 di sini, Isnin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Raisin berkata sekolah-sekolah terjejas hanya akan dibuka semula setelah air banjir surut sepenuhnya dan keadaan disahkan selamat untuk murid serta guru kembali ke sekolah.

Menurutnya, pihak sekolah terbabit diberi pilihan sama ada melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang tempoh penutupan atau mengadakan kelas gantian pada Sabtu selepas sekolah dibuka semula.

Advertisement
Dalam pada itu, beliau berkata seramai 43,385 murid Tahun Satu dan 44,851 pelajar Tingkatan Satu memulakan sesi persekolahan baharu di Sabah pada Isnin bagi 2026, termasuk 410 pelajar yang mengikuti kelas peralihan.

Angka itu adalah sebahagian daripada keseluruhan 276,144 murid sekolah rendah dan 214,170 pelajar sekolah menengah yang direkodkan bagi sesi persekolahan 2026.

Advertisement
“Secara keseluruhan, terdapat 490,314 murid dan pelajar di Sabah bagi sesi persekolahan 2026 yang bermula hari ini. Bagi tahun ini, Sabah merekodkan 43,385 murid Tahun Satu dan 44,851 pelajar Tingkatan Satu,” katanya.

Beliau menjelaskan angka berkenaan tidak termasuk pelajar di sekolah khas dan kelas pendidikan khas.

Sesi persekolahan 2026 bermula Isnin di lebih 1,000 sekolah rendah dan lebih 200 sekolah menengah di seluruh Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here