Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
‘Politik selepas pilihan raya wajar diurus secara matang’
Published on: Monday, January 12, 2026
Published on: Mon, Jan 12, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
‘Politik selepas pilihan raya wajar diurus secara matang’
Joniston memotong kek bersama jemputan khas pada Majlis Kesyukuran Perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2026 di Dewan Terbuka Pekan Kiulu.
KIULU: Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai pada Ahad berkata pentadbiran politik pasca pilihan raya perlu diurus dengan matang bagi mengutamakan kebajikan rakyat dan kestabilan negeri.

Bercakap pada Majlis Kesyukuran Krismas dan Tahun Baharu 2026 yang diadakan di Dewan Terbuka Pekan Kiulu, Joniston berkata pengurusan politik yang matang akan memastikan kerajaan berfungsi dengan berkesan melalui kerjasama yang dibentuk selepas pilihan raya.

Advertisement
“Ini merupakan satu-satunya langkah strategik bagi memastikan kerajaan mempunyai keupayaan untuk mentadbir secara stabil dalam melaksanakan pelan-pelan pembangunan yang telah dirangka,” kata Joniston yang juga Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Majlis itu dihadiri lebih 1,000 pemimpin masyarakat dan wakil daripada pelbagai agensi keagamaan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Joniston berkata barisan kepimpinan semasa memberi tumpuan kepada memastikan kestabilan pentadbiran, sambil menegaskan bahawa tanpa asas yang stabil, pelaksanaan dasar dan pembangunan tidak dapat berjalan seperti yang dirancang.

“GRS kekal teguh dengan pendirian dan hala tuju sendiri namun mengamalkan pendekatan pragmatik dalam membuat keputusan yang membawa manfaat langsung kepada rakyat dan negeri.

Advertisement
“Pendekatan ini berteraskan keperluan untuk memastikan kerajaan dapat berfungsi, perkhidmatan awam berjalan lancar dan isu-isu tempatan dapat ditangani secara berperingkat,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kiulu itu berkata kematangan politik perlu dizahirkan melalui keupayaan mengurus perbezaan secara membina tanpa menjejaskan kepentingan bersama atau kestabilan sosial.

Advertisement
Joniston turut menegaskan bahawa toleransi kaum dan agama yang diamalkan di Sabah merupakan asas penting kepada keharmonian dan kestabilan jangka panjang negeri ini.

“Keupayaan pemimpin dan masyarakat untuk duduk bersama merentasi perbezaan kepercayaan, termasuk dalam meraikan perayaan keagamaan, mencerminkan kekuatan dan kematangan kita sebagai sebuah negeri,” katanya.

Beliau menambah kestabilan politik memberi kesan langsung kepada pembangunan di kawasan seperti Kiulu, termasuk kesinambungan projek, pengagihan peruntukan serta penyelesaian isu-isu awam yang lebih teratur.

“Rakyat mahu melihat hasil yang nyata dalam kehidupan seharian mereka, dan itu hanya dapat dicapai melalui pentadbiran yang stabil serta kerjasama semua pihak,” katanya.

Beliau menggesa penduduk Kiulu agar terus memelihara semangat perpaduan dan tidak membiarkan perbezaan pandangan atau kepercayaan merosakkan keharmonian komuniti.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here