Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
MA63 tanggungjawab bersama, bukan satu parti sahaja: Ewon
Published on: Tuesday, January 06, 2026
Published on: Tue, Jan 06, 2026
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
MA63 tanggungjawab bersama, bukan satu parti sahaja: Ewon
EWON merasmikan majlis itu, yang dihadiri lebih 5,000 orang.
KOTA BELUD: Tuntutan Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tidak boleh dipikul oleh satu parti politik semata-mata, sebaliknya merupakan tanggungjawab Kerajaan Sabah dengan penglibatan semua parti dan wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri serta Parlimen, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ewon Benedick.

“Saya konsisten menyatakan bahawa kita perlu bersatu untuk Sabah,” jelas beliau.

Advertisement
Ewon berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Rumah Terbuka Krismas dan Kesyukuran Tahun Baharu 2026 Kadamaian yang dihadiri lebih 5,000 pengunjung di Dewan Kadamaian Square, di sini, pada Isnin.

Menurutnya, semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan pemimpin serta rakyat adalah asas penting dalam memperkukuh kedudukan Sabah dan memacu pembangunan negeri.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Beliau berkata sambutan rumah terbuka yang dianjurkan oleh Kementerian Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian itu turut menjadi platform mendekati rakyat serta menghargai sokongan berterusan rakyat Kadamaian yang memberinya mandat besar pada pilihan raya lalu.

“Sebagai Adun Kadamaian serta sebagai pemimpin negeri, saya meraikan rakyat Sabah, khususnya di Kadamaian, pada majlis ini yang sememangnya saya anjurkan sejak dipilih sebagai wakil rakyat Kadamaian.

Advertisement
“Majlis seperti ini memberi ruang kepada kita untuk berinteraksi secara langsung, mengeratkan silaturahim, memperkukuhkan keharmonian dan memperkasakan perpaduan. Inilah asas utama yang diperlukan untuk memajukan Sabah,” katanya. 

Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Kadmaian kerana hadir memeriahkan sambutan itu walaupun cuaca hujan pada awal program.

Advertisement
“Ini memberi mesej jelas bahawa rakyat mengharapkan kepimpinan yang konsisten dalam memajukan Kadamaian serta meneruskan program-program kesejahteraan rakyat,” ujarnya.

Mengulas kehadiran pemimpin daripada pelbagai parti politik, Ewon berkata perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam sistem demokrasi, khususnya ketika pilihan raya.

“Namun selepas kerajaan dibentuk, kita perlu kembali bersatu dan bekerjasama demi kepentingan rakyat. Rakyat mengharapkan kepimpinan yang mampu menyatukan, bukan memecahbelahkan,” katanya.

Ewon berkata semangat kebersamaan itu perlu terus diperkasakan bukan sahaja melalui sambutan rumah terbuka, malah menerusi platform lain termasuk mesyuarat dan perbincangan yang menjurus kepada pengukuhan perpaduan kepimpinan negeri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here