Kota Kinabalu: Pengawal keselamatan yang ditugaskan mengutip wang tunai dari mesin ATM RHB Bank di Metro Town pada Ahad dilaporkan tertinggal sebuah beg berisi wang sebelum beredar dari lokasi.
Kejadian itu disedari apabila seorang pekerja kedai kopi berhampiran pergi ke bank berkenaan dan ternampak sebuah beg kanvas berkunci berhampiran mesin ATM itu.
Beg itu didapati mempunyai tag dan ditanda sebagai telah dimeterai pada jam 3.30 petang. Pekerja berkenaan kemudian memaklumkan perkara itu kepada pihak polis, yang tiba di lokasi dan mengambil beg tersebut untuk tindakan lanjut.
Siasatan masih dijalankan.