Thu, 26 Mar 2026
Headlines:
‘Mana perginya RM250,000 tangani isu kanak-kanak tanpa kerakyatan?’
Published on: Monday, December 29, 2025
Published on: Mon, Dec 29, 2025
Text Size:
Text:
‘Mana perginya RM250,000 tangani isu kanak-kanak tanpa kerakyatan?’
Loi berkata situasi sedemikian tidak sepatutnya berlaku di Kota Kinabalu, sebuah bandaraya yang menerima kehadiran pelancong asing dalam jumlah yang besar.
Kota Kinabalu: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Api-Api Datuk Loi Kok Liang mempersoalkan ke mana perginya peruntukan sebanyak RM250,000 yang diluluskan kerajaan Sabah pada 2022 bagi menangani isu kanak-kanak tanpa kerakyatan dan Pala’uh yang mengemis di jalanan sekitar Kota Kinabalu.

Loi berkata beliau menerima banyak aduan daripada penduduk bandar berhubung kehadiran berterusan kanak-kanak, kebanyakannya tanpa kewarganegaraan, yang
Advertisement
“Antara lokasi tumpuan utama ialah lampu isyarat di sekitar Wawasan Plaza, Wisma Merdeka dan Pejabat Pos,” katanya.

Beliau menambah kanak-kanak berkenaan juga sering dilihat berkeliaran dan tidur di luar kompleks membeli-belah serta kawasan awam termasuk Centre Point, Wisma Merdeka, Suria Sabah, Sembulan, Jalan Gaya, Segama, Sinsuran dan Kampung Air.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Loi berkata situasi sedemikian tidak sepatutnya berlaku di Kota Kinabalu, sebuah bandaraya yang menerima kehadiran pelancong asing dalam jumlah yang besar.

Beliau berkata isu itu pernah dibangkitkannya dalam persidangan Dewan Undangan Negeri sebelum ini namun beliau tidak menerima jawapan lisan sebaliknya hanya dijanjikan jawapan bertulis yang sehingga kini masih belum diterima.

Advertisement
Menurut Loi, pada 28 November 2022, kerajaan negeri melalui Jabatan Ketua Menteri meluluskan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi setiap daerah untuk menubuhkan pusat perlindungan sementara.

Inisiatif itu sepatutnya diuruskan oleh Pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri dan Penyelidikan bersama Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am, dengan bantuan pihak berkuasa tempatan, dan dijadualkan memulakan operasi pada penghujung tahun berkenaan.

Advertisement
“Namun malangnya, sehingga hari ini tiada siapa tahu sama ada pusat-pusat ini pernah mula beroperasi. Jika ya, mengapa masih ramai kanak-kanak ini berkeliaran di jalanan bandar kita?” katanya.

Beliau turut mempersoalkan ke manakah perginya peruntukan yang telah diluluskan dan diumumkan secara rasmi di dalam Dun.

Loi menggesa Ketua Menteri memberikan penjelasan serta mendesak kerajaan negeri mengambil tindakan drastik demi kepentingan Kota Kinabalu.

“Saya tidak akan berdiam diri dan akan terus memantau isu ini dengan teliti,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here