Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Lelaki didakwa cabul anak saudara, 12
Published on: Saturday, December 27, 2025
Published on: Sat, Dec 27, 2025
By: Samantha Sulit
Text Size:
Text:
Lelaki didakwa cabul anak saudara, 12
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang lelaki berusia 49 tahun mengaku bersalah di hadapan Hakim Amir Shah Amir Hassan, pada Jumaat, atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak saudaranya berusia 12 tahun di kediaman mangsa di Kampung Bolong Baru, Tuaran, pada Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya, DK Afiqah Alya memohon hukuman berperingkat dengan mengambil kira hubungan kekeluargaan antara tertuduh dan mangsa, selain mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan dua penjamin tempatan.

Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan supaya tertuduh melaporkan diri ke balai polis berhampiran setiap bulan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Dalam kes berasingan yang melibatkan mangsa sama, seorang lelaki berusia 18 tahun, Mohd Aikal Adriansyah, turut mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak perempuan itu pada April lalu.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan, yang turut memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Advertisement
Pihak pendakwaan memohon jaminan RM10,000 dengan dua penjamin tempatan serta meminta mahkamah mengeluarkan perintah melarang tertuduh daripada mengganggu saksi pendakwaan.

Kedua-dua kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 Februari tahun hadapan sementara menunggu dokumen berkaitan dilengkapkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here