“PADA malam menjelang Krismas, saya biasanya akan menjemput keluarga besar ke rumah untuk makan bersama. Saya suka memasak untuk keluarga saya.”Itu kata penyanyi popular Sabah, Velvet Aduk ketika berkongsi tradisi keluarganya setiap kali menyambut Hari Natal.
Menurut ibu kepada empat anak itu, suasana malam Krismas di rumahnya sentiasa meriah dengan aktiviti memasak, bertukar hadiah serta gelak tawa bersama ahli keluarga.
“Saya rasa seronok dapat memasak untuk keluarga selagi saya masih mampu, membuka hadiah untuk kanak-kanak dan tradisi ini kami adik-beradik cuba amalkan hingga sekarang,” katanya.
Bagi pelantun lagu Sumandak Sabah itu, Krismas membawa makna yang mendalam kerana ia mengingatkannya tentang kelahiran Yesus Kristus, selain menjadi waktu untuk memperlahankan rentak kehidupan selepas setahun bekerja keras.
Advertisement
SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.






