Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif rancang bina kompleks sukan kedua di Tawau
Published on: Monday, December 22, 2025
Published on: Mon, Dec 22, 2025
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif rancang bina kompleks sukan kedua di Tawau
Nizam berkata ‘blueprint’ reka bentuk KSA sebenarnya sudahpun siap dan ketika ini hanya menunggu urusan berkaitan hak guna tanah diselesaikan selain aspek-aspek teknikal yang berkaitan.
TAWAU: Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif (KPBKSEK) merancang untuk membina sebuah lagi kompleks sukan yang bernilai sekurang-kurangnya RM15 juta di daerah ini.

Menterinya Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata fasiliti sukan baharu itu dikenali sebagai Kompleks Sukan Apas (KSA) yang dijangka dapat dimulakan pembinaannya dalam tempoh lima tahun ke depan.

Advertisement
“Kementerian sudah mengenalpasti sebuah tapak yang sesuai di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Apas untuk kita buat pembangunan KSA,” katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.

Nizam berkata ‘blueprint’ reka bentuk KSA sebenarnya sudahpun siap dan ketika ini hanya menunggu urusan berkaitan hak guna tanah diselesaikan selain aspek-aspek teknikal yang berkaitan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Mengulas lanjut pelaksanaan projek terbabit juga disifatkan bergantung kepada kelulusan pembiayaan peruntukan daripada Kerajaan Negeri namun pihaknya bertekad untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

“Agenda ini adalah salah satu matlamat saya selepas dilantik sebagai Menteri KPBKSEK yang diharap dapat memberikan manfaat kepada penduduk sekitar khususnya mengembangkan bakat anak-anak muda.

Advertisement
“Pada masa sama memberikan pilihan alternatif kepada warga Apas tanpa perlu terlalu tertumpu kepada Kompleks Sukan Tawau (KST) yang berada agak jauh dari kawasan Apas,” katanya.

Menurutnya kompleks sukan baharu yang akan menyediakan kemudahan riadah dan bersukan itu diyakini akan merancakkan lagi aktiviti sihat dan menghidupkan semangat daya saing positif dalam kalangan komuniti.

Advertisement
Beliau juga berharap dengan adanya KSA itu kelak, bukan hanya warga Apas yang akan menikmati limpahan kesan baiknya tetapi penduduk di kawasan sekitar seperti Balung dan Sri Tanjong turut tidak terkecuali.

KST adalah kompleks sukan pertama di daerah ini yang menelan kos hampir RM70 juta dibina di atas tanah seluas 99 ekar pada 7 Februari 2005 sebelum diserahkan kepada Lembaga Sukan Negeri Sabah pada 26 Mei 2007.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here