Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Freestyle Martial Arts Keningau juara Hapkido Sabah
Published on: Wednesday, December 17, 2025
Published on: Wed, Dec 17, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Freestyle Martial Arts Keningau juara Hapkido Sabah
PESERTA, penganjur, jurulatih dan ibu bapa semasa kejohanan.
LAHAD DATU: Freestyle Martial Arts Keningau muncul juara keseluruhan Kejohanan Hapkido Sabah pertama 2025 anjuran Hapkido Sabah.

Ketua jurulatih dan pengasas Hapkido Sabah, Bernardo Vivero berkata, kejohanan itu disertai seramai 150 atlet hapkido, taekwando dan silat.

Advertisement
Katanya, kejohanan itu disokong pegawai yang berdedikasi, pengadil, jurulatih, atlet dan ibu bapa yang bekerjasama bagi memastikan pertandingan berjalan lancar.

“Bagi mengukuhkan standard profesional dan kredibiliti antarabangsa, kami juga telah menjemput pengadil antarabangsa, Master Ferry dari Indonesia dan Master Raidin dari Brunei Darussalam.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Freestyle Martial Arts Keningau muncul juara keseluruhan, diikuti Hapkido Lahad Datu di tempat kedua dan Taekwondo ITF Uniquekan di tempat ketiga,” katanya.

Semasa merasmikan majlis penutupan kejohanan, Bernardo mengumumkan Keningau sebagai tuan rumah Kejohanan Hapkido Sabah Ke-2 yang dijadualkan berlangsung pada Mei 2026.

Advertisement
Katanya, edisi akan datang dijangka menarik lebih banyak dan seterusnya menyokong pembangunan mantap hapkido di seluruh Sabah.

“Kejohanan peringkat negeri memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kapasiti organisasi sebagai sebahagian daripada persiapan untuk Kejohanan Hapkido Jemputan Antarabangsa yang dirancang pada Ogos 2026 di Kota Kinabalu.

Advertisement
“Acara antarabangsa itu dijangka melibatkan kelab dan peserta dari Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei Darussalam dan Malaysia,” katanya.

Bernardo berharap kejohanan ini akan terus menjadi platform untuk memupuk bakat baharu sambil mengukuhkan kerjasama dan perpaduan dalam komuniti Hapkido di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here