Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Beberapa jalan utama ditutup sempena Sambutan Krismas
Published on: Wednesday, December 17, 2025
Published on: Wed, Dec 17, 2025
Text Size:
Text:
Beberapa jalan utama ditutup sempena Sambutan Krismas
Kota Kinabalu: Beberapa jalan utama di sekitar bandar raya akan ditutup untuk memberi laluan kepada penganjuran Sambutan Krismas Peringkat Negeri Sabah Ke-20 Tahun 2025.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) IPD Sabah, DSP Syahlan Sukimin berkata penutupan jalan berkenaan melibatkan sesi raptai pertama, raptai kedua serta acara kemuncak sambutan yang dijadualkan berlangsung pada 16 dan 19 Disember ini.

Advertisement
“Sebanyak lima jalan utama di sekitar lokasi sambutan akan ditutup secara berperingkat pada tarikh berkenaan, bergantung kepada keadaan trafik semasa.

“Raptai pertama akan diadakan pada 14 Disember diikuti raptai kedua pada 15 Disember.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Manakala Majlis Perasmian Sambutan Hari Krismas berlangsung pada 16 Disember,” katanya ketika ditemui media selepas sesi temu bual di konti Sabah FM, Isnin.

Menurutnya, laluan terlibat termasuk simpang KFC Bandaran ke Padang Merdeka, simpang Bukit Bendera, Bulatan Bunga Raya, lampu isyarat Dewan Bandaraya serta Bulatan Capital.

Advertisement
Majlis Perasmian Sambutan Hari Krismas itu akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya agar menghormati arahan anggota bertugas, menggunakan laluan alternatif yang disarankan melalui aplikasi navigasi seperti Google Maps, peka serta memberi laluan kepada kenderaan kecemasan seperti ambulans.

Advertisement
Bagi memastikan kelancaran aliran trafik, JSPT Sabah telah menyediakan pelan pengurusan trafik termasuk pelan pengalihan laluan serta mengenal pasti jalan yang akan ditutup, dibuka dan dilencongkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here