Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Cadang Sijil Kompetensi Adat perkasa Mahkamah Anak Negeri
Published on: Tuesday, December 16, 2025
Published on: Tue, Dec 16, 2025
By: Jinni Juanis
Text Size:
Text:
Cadang Sijil Kompetensi Adat perkasa Mahkamah Anak Negeri
Menurut Shalmon kertas cadangan itu turut mendapat sokongan 29 kumpulan etnik, orang tua-tua adat, pengetua serta guru Sekolah Adat Anak Negeri Sabah yang mewakili suara dan aspirasi komuniti adat di seluruh negeri.
Tuaran: Pertubuhan Masyarakat Adat Anak Negeri Sabah (MAANS) yakin Institusi Mahkamah Anak Negeri Sabah (Man) dapat diperkasakan sekiranya Sijil Kompetensi Adat diguna pakai hasil kerjasama strategiknya dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Presidennya Shalmon Sanangan berkata pihaknya bersedia menyerahkan satu kertas cadangan yang komprehensif kepada Kerajaan Negeri dalam masa terdekat.

Advertisement
“Sijil ini diwujudkan bagi membantu pihak Mahkamah Anak Negeri Sabah yang sedang dalam proses memartabatkan institusinya. Atas sebab itulah kami mencadangkan Sijil Kompetensi Adat sebagai salah satu penyelesaian utama.

“Cadangan ini memberi fokus kepada aspek pelantikan jawatan dalam Mahkamah Anak Negeri.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
“Ini termasuk jawatan Ketua Kampung (KK), Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN), Ketua Anak Negeri (Kan) Sabah serta ketua daerah,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurut Shalmon kertas cadangan itu turut mendapat sokongan 29 kumpulan etnik, orang tua-tua adat, pengetua serta guru Sekolah Adat Anak Negeri Sabah yang mewakili suara dan aspirasi komuniti adat di seluruh negeri.

Advertisement
Katanya MAANS sebagai pemegang taruh pengamal adat yang berdedikasi, berhasrat untuk berkongsi kepakaran adat demi kepentingan serta keberkesanan Mahkamah Anak Negeri di Sabah.

“Kami percaya Mahkamah Anak Negeri merupakan institusi kritikal yang mencerminkan identiti serta keadilan adat anak negeri Sabah. 

Advertisement
“Dengan berkongsi kepakaran dan amalan terbaik yang telah dikumpulkan kami ingin memastikan institusi ini terus kukuh, adil dan dihormati,” katanya.

Beliau juga memberi jaminan bahawa cadangan yang dikemukakan itu berupaya dilaksanakan khususnya melalui kerjasama berterusan dengan UMS.

“MAANS telah menjalinkan kerjasama rasmi dengan UMS melalui penubuhan Makmal Hidup Sekolah Adat Anak Negeri Sabah. 

“Inisiatif rintis yang bermula sejak tujuh tahun lalu itu telah berjaya melahirkan ramai pemimpin adat yang berkelayakan dan berwibawa. 

“Makmal ini merupakan institusi pendidikan pertama dan satu-satunya di Sabah serta Malaysia yang memfokuskan pendidikan adat secara formal dan praktikal,” jelasnya.

Shalmon berkata kertas cadangan itu menyarankan agar Sijil Kompetensi Adat yang dikeluarkan oleh Sekolah Adat dijadikan prasyarat awal dan laluan utama bagi melayakan seseorang memegang jawatan dalam Mahkamah Anak Negeri.

Beliau berkata sijil berkenaan akan memperkukuh kredibiliti institusi mahkamah dengan memastikan hanya individu yang benar-benar memahami serta kompeten dalam pelaksanaan hukum adat dilantik.

Selain itu katanya langkah tersebut mampu meningkatkan taraf Mahkamah Anak Negeri Sabah agar setanding dengan institusi mahkamah lain.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here