Kota Kinabalu: Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (Satta) mencadangkan penubuhan jabatan polis pelancongan bagi memastikan keselamatan pelancong di negeri ini.
Cadangan itu dikemukakan Pengerusinya, Datuk Seri Winston Liaw, susulan insiden seorang pelancong wanita dari China dilastik di Jalan Kota Kinabalu Lama 2, berhampiran bangunan Public Bank, Isnin lalu.
“Kami menggesa polis menyiasat segera dan menahan pesalah kerana tindakan ini boleh menjejaskan imej pelancongan Sabah,” katanya.
Advertisement





