Thu, 2 Apr 2026
Headlines:
Jean Paul nafi tuduhan Fadi
Published on: Wednesday, December 10, 2025
Published on: Wed, Dec 10, 2025
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Jean Paul nafi tuduhan Fadi
De Marigny (kiri) dan Fadi (kanan) mendakwa De Marigny bersikap biadap terhadapnya.
Kota Kinabalu: Ketua jurulatih Sabah FC Jean Paul-de Marigny tampil untuk menepis dakwaan perkauman yang dibuat oleh pemain PDRM FC Fadi Awad susulan perlawanan Liga Super antara kedua-dua pasukan di Stadium Selayang pada Sabtu.

Ini susulan catatan pemain tengah Jordan itu di media sosial selepas perlawanan, menuduh Marigny bersikap biadap di hadapan orang lain menuturkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadapnya. 

Advertisement
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa, jurulatih dari Australia itu berkata perlawanan itu sangat keras, dan dia hanya mendekati pemain itu buat seketika pada separuh masa pertama untuk memintanya berhenti menyerang pemain Sabah selepas beberapa asakan.

“Perbualan itu berlangsung tidak lebih daripada 30 hingga 45 saat. Saya mengulangi permintaan saya dengan nada yang lebih tegas, tetapi saya tidak pernah menghinanya,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Tambahnya, jika pemain itu berasa tidak dihormati, dia bersedia meminta maaf atas salah faham tersebut, tetapi tidak akan meminta maaf kerana melindungi pasukannya.

“Untuk menyimpulkan ada perkauman berdasarkan interaksi singkat adalah tidak adil dan sangat menyinggung perasaan,” tegasnya.

Advertisement
Dia juga mengimbas kembali kerjayanya selama 45 tahun dalam bola sepak, setelah bekerja dengan pemain dari pelbagai budaya di seluruh dunia serta latar belakang peribadinya dibesarkan di Australia yang berbilang budaya selain membesarkan sebuah keluarga yang berkaitan dengan pelbagai etnik.

“Perkauman adalah sesuatu yang kami ambil serius di Australia dan ia tidak pernah diterima,” katanya.

Advertisement
Dia mengakhiri dengan mengucapkan selamat maju jaya kepada Fadi Awad dalam kariernya, sambil menyatakan harapan agar pemain itu dapat menemui “dirinya yang lebih baik, kebahagiaan dan ketenangan.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here