Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Anil janji khidmat terbaik kepada rakyat Kunak
Published on: Wednesday, December 03, 2025
Published on: Wed, Dec 03, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Anil janji khidmat terbaik kepada rakyat Kunak
Menurut Anil, keyakinan yang ditunjukkan pengundi memberi motivasi kepadanya untuk menggunakan sepenuhnya kemampuan serta pengalaman dalam perkhidmatan awam bagi memenuhi keperluan masyarakat Kunak. 
LAHAD DATU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak yang baru dipilih, Datuk Seri Dr Anil Sandhu berikrar untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat selepas meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.

Anil menzahirkan rasa syukur atas keputusan tersebut dan berterima kasih kepada penduduk Kunak atas sokongan serta kepercayaan yang diberikan kepadanya. 

Advertisement
Beliau berkata mandat itu menjadi dorongan kuat untuk meneruskan usaha membangunkan kawasan berkenaan dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

“Rakyat telah memberikan saya mandat untuk bekerja. Mereka mahu melihat apa yang boleh saya lakukan dan berharap usaha yang saya mulakan sebelum ini dapat terus diperkukuh dan dipertingkatkan,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Menurut Anil, keyakinan yang ditunjukkan pengundi memberi motivasi kepadanya untuk menggunakan sepenuhnya kemampuan serta pengalaman dalam perkhidmatan awam bagi memenuhi keperluan masyarakat Kunak. 

Beliau turut mengakui kemenangan diperoleh itu tidak dijangka, namun percaya hubungan rapat dengan penduduk dan komitmennya mendengar serta menangani isu setempat menyumbang kepada keputusan positif tersebut.

Advertisement
Calon Barisan Nasional (BN) itu menewaskan penyandang, Datuk Norazlinah Arif daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS), serta Datuk Jasa Raudah dari Parti Warisan termasuk tiga calon lain. 

Anil memperoleh 5,874 undi dengan majoriti 2,118 undi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here