SANDAKAN: Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS) menegaskan perjuangan parti itu tidak tertumpu kepada satu kaum, agama atau kawasan tertentu, sebaliknya merangkumi seluruh rakyat Sabah tanpa pengecualian.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Arshad Abdul Mualap, berkata PPRS berpegang kepada prinsip bahawa perjuangan politik harus mencerminkan realiti sebenar Sabah sebagai negeri berbilang kaum dan agama yang hidup dalam keharmonian.
“Perjuangan kami jelas, PPRS bukan parti untuk satu kumpulan tertentu, tetapi untuk seluruh rakyat Sabah. Setiap suara, setiap agama dan setiap budaya mempunyai tempat dalam perjuangan kami,” katanya.
Beliau menyeru agar pihak media dan rakyat memahami hala tuju parti itu yang membawa semangat perpaduan, bukan perpecahan, menegaskan hanya melalui kesatuan dan saling menghormati, Sabah mampu berdiri dengan bermaruah.
Advertisement





