Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Pekerja tiada sijil kesihatan sah, DBKK kompaun restoran francais
Published on: Friday, November 07, 2025
Published on: Fri, Nov 07, 2025
By: Sidney Skinner
Text Size:
Text:
Pekerja tiada sijil kesihatan sah, DBKK kompaun restoran francais
PEMERIKSA kesihatan meneliti keadaan kelengkapan dapur premis berkenaan.
SEBUAH restoran francais di salah satu pusat membeli-belah di Kota Kinabalu telah dikompaun oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kerana melanggar Undang-Undang Kecil (Makanan dan Premis Makan) 1966.

Jurucakap Jabatan Kesihatan Persekitaran agensi itu berkata pengusaha premis berkenaan dikenakan tindakan kerana gagal memastikan pekerjanya memiliki sijil kesihatan yang sah.

Advertisement
“Beberapa pekerjanya mempunyai dokumen kesihatan yang telah tamat tempoh.

“Pemilik francais turut diarahkan supaya memastikan semua pekerja menjalani pemeriksaan kesihatan yang diperlukan termasuk menerima suntikan antitifoid,” katanya sambil menambah bahawa denda sehingga RM500 boleh dikenakan dalam situasi sebegitu.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
CAWAN plastik didapati disimpan  di rak terbuka tanpa penutup.Pemeriksaan oleh jabatan itu dilakukan selepas seorang pelanggan membuat aduan mengenai tahap kebersihan di restoran tersebut.

Pelanggan dari Papar itu tidak berpuas hati dengan bau yang tidak menyenangkan daripada cawan plastik yang dihidangkan kepadanya seperti bau lipas.

Advertisement
Dia memaklumkan perkara itu kepada dua orang pekerja. Seorang mendakwa cawan berkenaan telah direndam dalam air panas sebelum dihidangkan manakala seorang lagi mengakui premis berkenaan mempunyai masalah lipas.

Pelanggan itu kemudian menghubungi Hotline dan memberikan butiran lengkap mengenai aduannya yang kemudian disalurkan kepada pihak berkuasa berkenaan.

Advertisement
Jurucakap itu berkata dua anggota Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan DBKK telah ke premis tersebut sejurus menerima maklumat tentang kejadian itu.

Pemeriksaan dijalankan di kawasan makan, kaunter penyediaan makanan dan minuman serta dapur.

“Tiada lipas ditemui berkeliaran di premis pada masa itu. 

SEORANG pegawai unit  memeriksa keadaan mangkuk yang digunakan restoran.“Namun pegawai kami mengesan bau khas yang dikaitkan dengan serangga tersebut di beberapa bahagian terbuka dan rak penyimpanan terutamanya tempat cawan disimpan,” katanya.

Menurutnya pengurus bertugas turut disoal mengenai bau berkenaan.

“Hasil siasatan mendapati restoran itu telah mendapatkan khidmat kawalan serangga perosak yang terakhir menjalankan kerja mereka pada akhir Julai,” tambahnya.

Tahap kebersihan premis kemudian dinilai oleh anggota Unit berkenaan dan restoran itu diberikan gred “B”.

Sejak 2014 DBKK menggunakan Sistem Penggredan Premis Makanan (FPGS) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan untuk menilai kebersihan premis makanan dalam kawasan pentadbirannya.

Di bawah FPGS premis yang memperoleh antara 86 hingga 100 peratus daripada markah keseluruhan dikategorikan sebagai “amat bersih (A)” manakala 71 - 85 peratus sebagai “bersih (B)” dan 50 peratus ke bawah sebagai “tidak bersih (D)”.

“Premis berkenaan mendapat markah 87 peratus. Namun kami tidak dapat memberikan gred ‘A’,” katanya.

Tambahnya kelemahan dalam kemahiran pengendalian makanan serta sijil kesihatan pekerja diklasifikasikan sebagai titik kawalan kritikal (CCP) yang menjejaskan markah.

Beliau berharap pengusaha restoran dapat meningkatkan tahap penyelenggaraan agar boleh mencapai gred “A” pada masa akan datang.

“Pengurus premis turut diberi panduan tentang cara untuk memperbaiki kelemahan termasuk menasihatkan supaya tidak menyimpan peralatan makan seperti cawan, pinggan dan mangkuk di tempat terbuka sebaliknya di dalam bekas bertutup,” katanya.

Pengusaha turut diminta melaksanakan semula kawalan serangga perosak di premis itu serta menangani isu CCP yang dikenal pasti.

“Satu notis penambahbaikan telah dikeluarkan kepada pemilik restoran dan tempoh tertentu diberi untuk mematuhi arahan DBKK. 

“Pemeriksaan susulan akan dilakukan dan tindakan lanjut boleh diambil sekiranya arahan tidak dipatuhi,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here