Wed, 1 Apr 2026
Headlines:
Pegawai kanan kerajaan bebas tuduhan pikat isteri Datuk
Published on: Tuesday, October 28, 2025
Published on: Tue, Oct 28, 2025
By: Malay Mail
Text Size:
Text:
Pegawai kanan kerajaan bebas tuduhan pikat isteri Datuk
CLAUDIUS (tengah) bersama Majinbon (ketiga dari kiri).
Kota Kinabalu: Mahkamah Rayuan Anak Negeri Sabah telah mengetepikan keputusan terdahulu oleh Mahkamah Anak Negeri Papar yang mengarahkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri membayar sogit — tiga ekor kerbau dan RM3,000 — atas kesalahan “mianu-anu” (memikat isteri orang lain), selepas mendapati terdapat kecacatan serius dari segi prosedur serta kekurangan bukti yang mencukupi.

Panel rayuan memutuskan bahawa prosiding di mahkamah bawahan itu adalah “tidak teratur dan tidak sah,” serta memerintahkan supaya keputusan Mahkamah Anak Negeri Papar dan Mahkamah Anak Negeri Daerah Papar dibatalkan.

Advertisement
Kes itu berpunca daripada aduan pada 2024 oleh Datuk Claudius Roman, bekas timbalan setiausaha kerajaan negeri merangkap presiden Majlis Datuk-Datuk Sabah, terhadap Datuk Robert Stidi, 57, seorang pegawai kanan kerajaan negeri, kerana didakwa “mengganggu” isterinya yang berusia 34 tahun, Donna Elizabeth Kong.

Kes tersebut difailkan di Mahkamah Anak Negeri Papar pada Oktober tahun lalu, yang ketika itu mendapati Stidi bersalah melanggar adat Kadazandusun dan mengarahkannya membayar tiga ekor kerbau serta RM3,000 dalam tempoh sebulan.

SPONSORED CONTENT
Kota Kinabalu: KOTA KINABALU: Fiesta Mega Raya (FMR) 2026 is set to be the largest and most prestigious Hari Raya celebration in Sabah, taking place from March 7 to 18, at the Sabah International Convention Centre (SICC), here.
Kes berkenaan menarik perhatian umum kerana dianggap antara pertikaian berprofil tinggi berkaitan perbuatan curang yang dibicarakan dalam sistem Mahkamah Anak Negeri di Sabah.

Namun, pada Disember, Mahkamah Rayuan Anak Negeri Daerah Papar menolak kes itu dan memberi tempoh 60 hari kepada Claudius untuk mengemukakan rayuan di Mahkamah Anak Negeri Sabah di Kota Kinabalu.

Advertisement
Mahkamah Anak Negeri Sabah pada Isnin turut bersetuju dengan dapatan mahkamah di Papar dan mendapati pelbagai pelanggaran prosedur.

Antaranya, beberapa keping gambar menunjukkan Stidi bersama Kong dalam keadaan “akrab”, namun bukti itu tidak mencukupi untuk membuktikan berlaku zina atau pelanggaran adat.

Advertisement
“Mahkamah Anak Negeri tidak boleh menilai bukti yang diperoleh melalui teknologi moden dengan cara sama seperti pada zaman dahulu,” kata hakim, sambil menegaskan bahawa tatacara pembuktian yang betul mesti dipatuhi walaupun dalam kes adat.

Mahkamah juga menyatakan bahawa aduan asal yang difailkan oleh pihak plaintif bukan satu saman yang sah di bawah Kaedah 7, Kaedah-Kaedah Mahkamah Anak Negeri (Amalan dan Tatacara) 1995, selain bayaran fi ditetapkan hanya dibuat selepas penghakiman disampaikan.

Mahkamah rayuan turut mendapati tiada notis pendengaran sewajarnya dikeluarkan, pembelaan bertulis defendan diabaikan, dan mahkamah terkhilaf dalam mengeluarkan saman kedua bagi kes “sogit kemaluan zina” — istilah yang tidak diiktiraf di bawah undang-undang adat — sekali gus menimbulkan kekeliruan mengenai sifat kes tersebut.

Selain itu, tribunal bawahan juga gagal merekodkan sebarang keterangan saksi secara lisan, tiada nota prosiding, manakala mesej teks serta gambar yang dikemukakan tidak membuktikan wujudnya hubungan sulit (mianu-anu) atau perbuatan memikat.

Claudius diwakili oleh peguam Jecky Lettong dan Isaiah Majinbon, manakala Robert diwakili oleh Mark Sitiwin dan Beverley Ramona Tan.

Dalam kenyataan selepas keputusan itu, Majinbon berkata mereka menghormati keputusan Mahkamah Rayuan Anak Negeri, namun menegaskan bahawa kes berkenaan membawa implikasi lebih luas terhadap pembangunan sistem perundangan adat di Sabah.

Menurutnya, keputusan itu menyoroti ketegangan berterusan antara penerapan piawaian pembuktian dan tatacara mahkamah sivil terhadap tribunal adat, yang asalnya diwujudkan untuk menegakkan prinsip “adat” dan keadilan restoratif, bukan hukuman semata-mata.

Beliau turut memberi amaran bahawa penerapan terlalu ketat peraturan pembuktian dan prosedur terhadap prosiding adat boleh mengasingkan masyarakat daripada sistem keadilan yang sepatutnya mudah diakses dan berasaskan budaya.

“Mahkamah Anak Negeri bukan tinggalan masa lalu; ia adalah institusi hidup yang mencerminkan hati nurani, tradisi dan nilai masyarakat peribumi Sabah,” katanya.

Majinbon menambah bahawa firma guamannya akan meneliti alasan bertulis penghakiman sebaik dikeluarkan dan menasihati tindakan susulan yang sesuai, termasuk kemungkinan memohon semakan kehakiman.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here