Tue, 23 Jun 2026
Headlines:
SFA gesa tambah baik operasi di Pelabuhan Sandakan
Published on: Sunday, June 21, 2026
Published on: Sun, Jun 21, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
SFA gesa tambah baik operasi di Pelabuhan Sandakan
Pelabuhan Sandakan
SANDAKAN: Persatuan Ejen Penghantaran Sandakan (SFA) menggesa beberapa penambahbaikan operasi di Pelabuhan Sandakan susulan lawatan kerja yang diadakan bagi menangani cabaran dihadapi pengguna pelabuhan serta meningkatkan kecekapan keseluruhan.

Delegasi yang diketuai Pengerusi SFA, Chong Thien Ming, bersama ahli jawatankuasanya mengadakan pertemuan dengan Pengurus Pelabuhan Sandakan, Hayati Md Enarji, bagi membincangkan isu-isu operasi utama serta meneroka penyelesaian praktikal untuk mempertingkatkan mutu penyampaian perkhidmatan.

Advertisement
Antara perkara yang dibangkitkan ialah pemasangan tambahan kamera litar tertutup (CCTV) bagi meningkatkan aspek keselamatan, penggunaan sepenuhnya jambatan timbang untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, serta keperluan penyelenggaraan berkala peralatan pengendalian kontena bagi memastikan operasi berjalan lancar tanpa gangguan.

Menjawab kebimbangan tersebut, Hayati memberi jaminan bahawa perkara yang dibangkitkan akan diberi perhatian segera bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kesesakan di kawasan pelabuhan.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here