Fri, 19 Jun 2026
Headlines:
Jafry sambut baik keputusan Jepun turun nasihat perjalanan
Published on: Wednesday, June 17, 2026
Published on: Wed, Jun 17, 2026
By: Bernama
Text Size:
Text:
Jafry sambut baik keputusan Jepun turun nasihat perjalanan
Jafry berkata perkembangan positif itu mencerminkan situasi keselamatan negeri dan penguatkuasaan secara bersama sepanjang tahun menunjukkan peningkatan secara berterusan.
Kota Kinabalu: Keputusan Kementerian Luar Jepun menurunkan tahap nasihat perjalanan bagi sebahagian kawasan Sabah Timur satu pengiktirafan yang jelas dan terbukti negeri itu selamat, stabil dan bersedia menerima pelancong antarabangsa.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata perkembangan positif itu mencerminkan situasi keselamatan negeri dan penguatkuasaan secara bersama sepanjang tahun menunjukkan peningkatan secara berterusan.

Advertisement
Beliau berkata penurunan tahap nasihat perjalanan itu disokong oleh penambahbaikan nyata dan boleh diukur di lapangan, termasuk rekod sifar insiden penculikan bagi wang tebusan sejak 2020 serta penyelarasan yang lebih kukuh antara agensi penguatkuasaan keselamatan.

“Sabah menyambut kedatangan pelawat daripada semua lapisan masyarakat dan negara dengan penuh yakin dan bangga. Kepada pengembara di seluruh dunia, saya ingin menegaskan Sabah kekal sebagai satu daripada destinasi paling indah, pelbagai dan selamat di rantau ini,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sambil menitipkan penghargaan kepada rakan antarabangsa termasuk Jepun kerana mengemas kini nasihat perjalanan berdasarkan realiti semasa di lapangan, Jafry berkata rakan kongsi penerbangan juga perlu mengkaji dan memperluas kekerapan serta ketersambungan penerbangan ke negeri itu.

Jafry berkata peningkatan kekerapan penerbangan dan pembukaan laluan baharu amat penting bagi menghadapi ketibaan pelancong yang dijangka meningkat, memastikan kebolehcapaian yang lebih baik dan menyokong pertumbuhan industri pelancongan tempatan ketika Sabah giat membuat persiapan menjelang Tahun Melawat Sabah 2027.

Advertisement
“Kami tidak akan berasa selesa. Kerajaan Negeri Sabah akan terus memperkukuh keselamatan, melindungi rakyat kami dan menjaga industri pelancongan,” katanya.

Isnin lepas, Bernama melaporkan Kementerian Luar Jepun menurunkan tahap nasihat perjalanan bagi beberapa kawasan di timur Sabah susulan penambahbaikan dalam situasi keselamatan.

Advertisement
Jepun menurunkan tahap nasihat perjalanan bagi pulau-pulau di luar pantai timur Sabah, kecuali Pulau Banggi, Pulau Balambangan dan beberapa pulau lain, daripada Tahap 3 (nasihat supaya mengelakkan semua perjalanan) kepada Tahap 2 (nasihat supaya menggelakkan perjalanan tidak penting).

Nasihat perjalanan untuk kawasan pesisir pantai dari Kudat hingga Tawau, termasuk Pulau Banggi dan Pulau Balambangan juga diturunkan daripada Tahap 2 kepada Tahap 1, yang pengembara dinasihatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

Tahap amaran itu dinaikkan pada Julai 2014 susulan siri insiden penculikan untuk wang tebusan melibatkan warga asing, termasuk ancaman dikaitkan dengan Kumpulan Abu Sayyaf yang berpangkalan di selatan Filipina.

Bagaimanapun, menurut laporan itu tiada kes penculikan untuk wang tebusan dilaporkan sejak Januari 2020, dengan tahap keselamatan di kawasan tersebut menunjukkan penambahbaikan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here