Fri, 19 Jun 2026
Headlines:
Ketepatan, kesahihan berita lebih penting: Teo
Published on: Tuesday, June 16, 2026
Published on: Tue, Jun 16, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Ketepatan, kesahihan berita lebih penting: Teo
AINOL (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Teo.
PUTRAJAYA: Media arus perdana masa kini berdepan cabaran daripada penyebaran berita pantas dan kandungan tular yang mudah menarik perhatian awam.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata perkembangan itu tidak dapat dinafikan seiring dengan landskap media digital masa kini.

Advertisement
“Tetapi pada akhirnya ia bukan soal siapa paling cepat menyiarkan berita sebaliknya yang lebih penting ialah memastikan berita itu sahih dan bukannya disiarkan semata-mata untuk menarik perhatian pembaca tanpa sebarang pengesahan daripada pihak berkaitan

“Kepercayaan tidak dibina dalam tempoh singkat justeru media arus perdana perlu terus berpegang kepada etika kewartawanan dan mengekalkan kepercayaan yang telah lama dibina.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Elakkan menjadi yang pertama menyiarkan berita jika nilai berita itu tidak sahih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Balancing Virality and Responsibility: Journalism Amid Speed, Trust and Impact – An Industry Dialogue anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Penerangan Malaysia di The Zenith Hotel pada Isnin.

Advertisement
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MPI Ainol Amriz Ismail.

Dalam pada itu beliau berkata berita yang dihasilkan secara beretika adalah lebih baik berbanding laporan pantas tanpa pengesahan kerana ia boleh memberi pelbagai kesan kepada masyarakat.

Advertisement
Menurutnya antara implikasi yang boleh timbul ialah penyebaran berita palsu, salah guna maklumat dan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Teo juga berkata kementerian menerusi SKMM sentiasa peka terhadap laporan berkaitan kandungan media sosial termasuk penggunaan gambar yang tidak bersesuaian serta penyebaran berita palsu.

Menyentuh penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam era global masa kini beliau berkata teknologi itu kini menjadi rujukan ramai dan turut memberi cabaran kepada media arus perdana.

Bagaimanapun Teo percaya etika kewartawanan masih mampu memastikan wartawan dan penulis menghasilkan laporan secara bertanggungjawab serta menarik perhatian masyarakat secara wajar dan bukannya berasaskan sensasi semata-mata.

Terdahulu Ainol berkata program yang disertai pengamal media, editor akhbar, pengendali portal berita, pelajar universiti dan pemain industri berkaitan itu merupakan forum penting kepada dunia kewartawanan dan negara.

Beliau berkata landskap media kini menyaksikan perubahan ketara termasuk penyebaran maklumat secara meluas dan pantas menerusi media sosial yang menjadi antara cabaran terbesar kepada media arus perdana.

“Ia bukan hanya soal pantas tetapi bagaimana mengekalkan etika, integriti, menjaga privasi, sensitiviti serta kepentingan awam,” katanya.

Justeru menurutnya program itu diadakan bagi memberikan gambaran sebenar dan membincangkan situasi masa kini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here