Mon, 15 Jun 2026
Headlines:
Cubaan seludup barang kawalan di Semporna gagal
Published on: Saturday, June 13, 2026
Published on: Sat, Jun 13, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Cubaan seludup barang kawalan di Semporna gagal
ANGGOTA Maritim dengan bot berisi barang kawalan itu.
SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mematahkan cubaan menyeludup barang kawalan ke negara jiran selepas memintas sebuah bot di perairan Kampung Bangau-Bangau di sini pada Jumaat.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir Shubli berkata ketika melaksanakan rondaan menerusi Ops Sejahtera, Op Khas Cegah PATI (OCP) dan Ops Tiris 4.0, pasukan Maritim mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 4.20 pagi.

Advertisement
Menurutnya, sebaik menyedari kehadiran pasukan penguat kuasa, bot berkenaan cuba melarikan diri dengan memecut laju sebelum berjaya dipintas kira-kira 25 minit kemudian pada kedudukan 0.1 batu nautika di timur laut Kampung Bangau-Bangau.

Bagaimanapun, juragan bot bertindak terjun ke laut dan berjaya meloloskan diri ke kawasan rumah atas air bagi mengelak ditahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Maklumat awal mendapati modus operandi sindiket adalah beroperasi pada awal pagi bagi mengelakkan dikesan pihak berkuasa.

“Namun, hasil kecekapan dan risikan yang dikumpulkan Ibu Pejabat Zon Maritim Semporna, cubaan itu berjaya digagalkan,” katanya dalam kenyataan Jumaat.

Advertisement
Amir berkata pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan menemukan pelbagai barangan termasuk tujuh tong gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi, lima jeriken berisi petrol, 10 kampit beras seberat 10 kilogram setiap satu, 14 tin cat berkapasiti lima liter, sembilan tin cat berkapasiti satu liter serta sebuah tong ikan.

Beliau berkata semua barangan berkenaan bersama bot terbabit dibawa ke jeti Kem Azumi sebelum diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kastam 1967.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang, khususnya mereka yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan barang kawalan merentasi sempadan negara.

“Kami juga menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sebarang aktiviti jenayah di perairan agar menyalurkannya kepada Ibu Pejabat Zon Maritim Semporna untuk tindakan segera,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here