Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Barang kawalan dirampas di Semporna
Published on: Friday, June 12, 2026
Published on: Fri, Jun 12, 2026
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Barang kawalan dirampas di Semporna
BARANG bersubsidi yang dirampas.
SEMPORNA: Sebanyak 308 kotak tepung seberat 3,129.80 kilogram (kg), 34 guni tepung seberat 850kg dan 1,128kg gula dirampas dalam Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) di sini, pada Rabu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Semporna memaklumkan rampasan itu dibuat oleh Batalion 22 Pasukan Gerakan Am (PGA) di

Advertisement
Kunak sebelum diserahkan kepada kementerian untuk tindakan lanjut.

Barangan kawalan dan bersubsidi yang dianggarkan bernilai RM13,137.28 itu ditemukan disimpan di sebuah premis tanpa permit.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seorang lelaki tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

KPDN Semporna mengingatkan individu dan syarikat supaya mematuhi semua peraturan serta syarat yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

Advertisement
Di bawah Akta 122, individu boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM3 juta atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan berikutnya.

Bagi syarikat pula, denda sehingga RM2 juta boleh dikenakan bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya jika disabitkan kesalahan.

Advertisement
Orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat berkaitan penyelewengan barangan kawalan dan bersubsidi kepada KPDN menerusi WhatsApp di talian 019-848 8000, Pusat Panggilan 1-800-886-800 atau aplikasi Ez ADU KPDN.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here