Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Puspen kedua Sabah bakal dibina di Balung
Published on: Friday, June 12, 2026
Published on: Fri, Jun 12, 2026
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Puspen kedua Sabah bakal dibina di Balung
RINA menyampaikan sumbangan kepada salah seorang KIR terjejas dalam kebakaran di Kampung Islamiah.
TAWAU: Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) kedua di negeri ini bakal dibina di kawasan Balung menerusi peruntukkan RM123 juta yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Rina Jainal berkata tapak projek sudahpun diperoleh dan kini di peringkat proses akhir termasuk memastikan keluasan tanah, teknikal dan sebagainya.

Advertisement
“Puspen di Balung ini dijangka dapat disiapkan dalam tempoh lima tahun dan akan menjadi kemudahan pemulihan kedua di Sabah selain Puspen Papar.

“Sabah ketika ini hanya mempunyai sebuah Puspen yang beroperasi di Papar dan pembinaan Puspen kedua di Balung dilihat sebagai keperluan mendesak bagi memenuhi permintaan perkhidmatan pemulihan dan rawatan penagihan dadah di negeri ini,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut Rina beliau dimaklumkan bahawa projek tersebut sebenarnya dirancang sejak lebih 10 tahun lalu dan kini keperluannya amat mendesak dan penting bagi memperkukuh usaha pemulihan penagihan dadah di Sabah.

Beliau yakin pembinaan Puspen baharu itu dijangka mampu meningkatkan kapasiti rawatan dan pemulihan penagihan dadah di negeri ini.

Advertisement
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan bantuan kepada 12 Ketua Isi Rumah (KIR) membabitkan 36 mangsa kebakaran Kampung Islamiah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna OT Mohd Jantan pada Khamis.

Pada majlis itu setiap keluarga terjejas menerima sumbangan RM1,000 daripada Ketua Menteri Sabah melalui Yayasan Kebajikan Sabah dan sumbangan peribadi RM500 daripada Rina sendiri.

Advertisement
Selain itu bantuan keperluan asas termasuk bekalan makanan dan peralatan memasak turut diberikan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah (JPKAS) bagi membantu meringankan beban mangsa terjejas.

Mereka juga diberikan perkhidmatan kaunseling oleh pihak JPKAS bagi membantu mereka menghadapi trauma dan tekanan emosi akibat kejadian tersebut - yang merupakan sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) bencana, selain penyerahan bantuan lain.

Sementara itu Rina berkata KIR terlibat juga akan diberikan keutamaan untuk menerima Rumah Mesra SMJ bagi kuota beliau untuk keluarga yang layak mengikut syarat dan kesesuaian tapak tanah.

Jelasnya langkah tersebut adalah antara usaha jangka panjang kerajaan bagi membantu rakyat membina semula kehidupan selepas kehilangan tempat tinggal akibat bencana dan sebagainya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here