Mon, 8 Jun 2026
Headlines:
Tindakan tegas cubaan sebar ajaran sesat
Published on: Saturday, June 06, 2026
Published on: Sat, Jun 06, 2026
By: Ahmad Apong
Text Size:
Text:
Tindakan tegas cubaan sebar ajaran sesat
Mohd Arifin yang juga Exco Agama Negeri berkata, pemeriksaan mendapati pelbagai bahan penerbitan, dokumen dan bahan promosi berkaitan ajaran Ahmadiyah Qadiani dipamerkan sepanjang program berlangsung.
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) memandang serius sebarang usaha untuk menyebarkan mana-mana ajaran yang difatwakan salah, sesat dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jemaah, yang diwartakan di Sabah pada 2019.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Exco Agama negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata berikutan itu, satu tindakan diambil selepas menerima aduan awam berhubung satu kumpulan ajaran sesat yang mengadakan program di sebuah dewan sekolah.

Advertisement
Susulan aduan itu, katanya, Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah (BPUUS) Jheains menjalankan operasi terhadap program kumpulan itu membabitkan seramai 52 anggota penguatkuasa.

Beliau berkata program dikenali sebagai Jalsa Salana Wilayah Sabah Kali Ke-32 itu dikendalikan oleh Jamaat Ahmadiyah Muslim Malaysia (JAMM) yang dikaitkan dengan ajaran Ahmadiyah Qadiani.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Seramai 52 Pegawai Penguat Kuasa Agama (PPA) Jheains diarahkan melaksanakan operasi berkenaan dengan bantuan 25 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu bagi tujuan kawalan keselamatan.

“Hasil operasi mendapati program itu telah berlangsung selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Mei lalu dan dianggarkan dihadiri hampir 300 peserta dari seluruh Sabah,” katanya.

Advertisement
Mohd Arifin yang juga Exco Agama Negeri berkata, pemeriksaan mendapati pelbagai bahan penerbitan, dokumen dan bahan promosi berkaitan ajaran Ahmadiyah Qadiani dipamerkan sepanjang program berlangsung.

Katanya, semua bahan berkaitan diambil tindakan mengikut peruntukan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Sabah 1995 dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Advertisement
Beliau berkata, ajaran Ahmadiyah Qadiani telah difatwakan sebagai sesat dan menyeleweng oleh Majlis Fatwa Negeri Sabah pada 2006 sebelum diwartakan pada 2007.

“Justeru itu, umat Islam di negeri ini hendaklah berwaspada dan menjauhi sebarang bentuk penyebaran fahaman yang boleh menjejaskan kesucian akidah Islam,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada PDRM Sabah, khususnya IPD Kota Kinabalu, atas kerjasama dalam memastikan operasi tersebut berjalan lancar dan selamat.

“Kerajaan negeri melalui Jheains terus komited memperkukuh usaha pemantauan, penguatkuasaan dan pendidikan bagi memastikan kesucian akidah umat Islam sentiasa terpelihara serta menjamin keharmonian masyarakat,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here