Fri, 19 Jun 2026
Headlines:
RM339.16 juta untuk program Syukur tahun ini
Published on: Wednesday, June 17, 2026
Published on: Wed, Jun 17, 2026
Text Size:
Text:
RM339.16 juta untuk program Syukur tahun ini
Menurut Hajiji, amaun pembayaran Syukur akan dibayar secara berfasa dengan setiap fasa dibayar secara sekali-bayar bagi tempoh tiga bulan iaitu sebanyak RM600 akan dikreditkan ke akaun kepada mereka yang mempunyai nombor akaun dan kepada penerima bantuan secara tunai.
HAJIJI berkata Kerajaan Negeri meneruskan program Program Sentuhan Kasih Rakyat (Syukur) pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM339.16 juta sebagai salah satu instrumen utama di bawah agenda pembasmian kemiskinan negeri.

Katanya, bantuan Syukur ini telah distruktur semula pada tahun ini kepada kadar RM200 sebulan sebagai bantuan pelengkap kepada inisiatif Kerajaan Persekutuan iaitu Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta bantuan-bantuan kewangan lain yang tersedia.

Advertisement
“Penstrukturan semula program Syukur ini membolehkan jumlah penerima diperluaskan daripada 100,000 penerima pada tahun lalu kepada 140,000 penerima pada tahun ini, sekali gus memastikan lebih ramai rakyat Sabah mendapat manfaat daripada bantuan Kerajaan ini,” katanya.

Menurutnya, amaun pembayaran Syukur akan dibayar secara berfasa dengan setiap fasa dibayar secara sekali-bayar bagi tempoh tiga bulan iaitu sebanyak RM600 akan dikreditkan ke akaun kepada mereka yang mempunyai nombor akaun dan kepada penerima bantuan secara tunai.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Secara dasarnya, Program Syukur ini telah mula dibayar kepada penerima yang layak pada 11 Mac 2026 yang lalu bagi Fasa 1 dan pembayaran Fasa 2 secara dalam talian juga telah mula dikreditkan ke akaun penerima bermula pada 23 Mei 2026 yang lalu.

“Saya amat berbesar hati untuk memaklumkan bahawa pembayaran Syukur Fasa 2 bagi agihan pertama secara tunai akan dibuka bermula 18 Jun 2026 (Khamis) sehingga 23 Jun 2026 (Selasa) kepada penerima yang layak di seluruh negeri Sabah melibatkan seramai 17,848 penerima.

Advertisement
“Pembayaran ini melibatkan bantuan sebanyak RM600 secara sekaligus bagi tempoh April hingga Jun 2026.

“Saya berharap bantuan yang diterima ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin bagi memenuhi keperluan asas keluarga, pendidikan anak-anak serta perbelanjaan harian yang semakin mencabar,” katanya.

Advertisement
Sementara itu, beliau berkata program outreach seperti ini amat penting kerana ia memberi ruang kepada kerajaan untuk turun padang mendekati rakyat, memahami cabaran yang dihadapi serta memastikan segala bentuk bantuan dan inisiatif kerajaan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here