Sat, 20 Jun 2026
Headlines:
Rayuan rasmi hidupkan semula projek jalan Tongod
Published on: Wednesday, June 17, 2026
Published on: Wed, Jun 17, 2026
Text Size:
Text:
Rayuan rasmi hidupkan semula projek jalan Tongod
Masiung berkata projek jalan yang dianggarkan menelan kos RM350 juta itu telah dijadikan keutamaan dalam semakan pertengahan penggal supaya dapat dilaksanakan sebagai projek segera di bawah RMK-13.
TONGOD: Rayuan rasmi dikemukakan bagi menghidupkan semula cadangan pembinaan jalan sepanjang 50 kilometer yang menghubungkan Kampung Kenang-Kenangan ke Desa Permai dalam rolling plan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut Datuk Masiung Banah berkata projek itu merupakan keperluan infrastruktur paling mendesak yang diperjuangkannya sepanjang hampir dua dekad sebagai wakil rakyat.

Advertisement
Beliau berkata kertas kerja bagi semakan pertengahan penggal telah dikemukakan kepada Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah pada April lalu, sekali gus membolehkan Kementerian Kewangan Persekutuan mempertimbangkan semula cadangan projek itu untuk disenaraikan semula.

“Kami mengemukakan rayuan rasmi kerana akses perhubunganan jalan raya di kawasan itu amat mendesak. Ia merupakan cadangan paling penting yang saya kemukakan sejak menjadi wakil rakyat pada 2008,” katanya selepas merasmikan majlis kesyukuran PRN-16 dan sambutan Hari Raya Aidiladha di Kampung Kuamut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Masiung berkata projek jalan yang dianggarkan menelan kos RM350 juta itu telah dijadikan keutamaan dalam semakan pertengahan penggal supaya dapat dilaksanakan sebagai projek segera di bawah RMK-13.

“Saya telah bekerja keras memperjuangkan jalan raya ini sejak menjadi wakil rakyat selama lima penggal kerana saya melihat sendiri betapa mendesaknya keperluan itu terhadap kehidupan penduduk Kuamut sejak lebih 60 tahun lalu.

Advertisement
“Saya bersimpati kerana lebih 2,500 penduduk dari lima kampung di kawasan berkenaan terpaksa membayar tambang bot antara RM500 hingga RM700 serta mengambil masa antara lima hingga tujuh jam untuk berurusan di Pekan Tongod, Bukit Garam atau Kinabatangan,” katanya.

Masiung berkata beliau pada mulanya terkejut apabila projek berkenaan tidak tersenarai dalam data RMK-13 pada awal tahun ini, walaupun perkara itu telah berulang kali dibangkitkan di Dewan Undangan Negeri.

Advertisement
“Sebab itu saya mendesak kerajaan supaya menyenaraikan semula jalan Kenang-Kenangan-Desa Permai untuk dilaksanakan menerusi rolling plan RMK-13,” katanya.

Masiung berharap Kerajaan Persekutuan akan mengambil tindakan terhadap rayuan itu memandangkan penduduk di kawasan berkenaan tidak pernah menikmati kemudahan jalan raya sejak merdeka iaitu penantian yang kini mencecah enam dekad.

Beliau berkata jajaran jalan yang dicadangkan itu akan bermula dari Kampung Kenang-Kenangan dan melalui Tulang-Tulang, Tangkuyan serta Desa Permai sebelum menuju ke Kuala Kuamut dan Tongkong.

Katanya, apabila berlaku kecemasan terutama melibatkan pesakit kritikal atau wanita yang hendak bersalin, penduduk terpaksa mengambil masa antara lima hingga tujuh jam untuk sampai ke Tongod atau Hospital Bukit Garam dengan menaiki bot.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here