Mon, 18 May 2026
Headlines:
Kerjasama strategik perluas ekosistem pembinaan digital di Sabah
Published on: Saturday, May 16, 2026
Published on: Sat, May 16, 2026
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Kerjasama strategik perluas ekosistem pembinaan digital di Sabah
Kota Kinabalu: Satu kerjasama strategik bagi memperluaskan teknologi Pemodelan Maklumat Binaan (BIM) dan memperkukuh ekosistem pembinaan digital di Sabah dijalin sempena Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) Borneo Sabah 2026, baru-baru ini.

Kerjasama itu membabitkan pelantikan Persatuan Kontraktor Bumiputera Anak Sabah (PKBAS) sebagai pengendali myBIM Sabah Satellite Operator oleh CIDB Digital Sdn Bhd (CDSB). 

Advertisement
Watikah pelantikan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif CIDB Digital Sdn Bhd Sr Nazir Muhamad Nor kepada Presiden PKBAS Pg Adreen Pg Abu Bakar yang turut disaksikan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Teknologi CIDB Malaysia, Mohammad Faizal Abd Hamid dan Penasihat Agung PKBAS Datuk Dr Roland Chia.

Pg Adreen dalam kenyataan berkata Sabah tidak boleh lagi bergantung kepada pendekatan konvensional sekiranya mahu terus bersaing dalam industri pembinaan moden yang kini semakin berteraskan teknologi dan data digital.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Katanya, kontraktor Sabah perlu bersedia menghadapi perubahan industri kerana BIM bukan lagi sekadar pilihan, tetapi sudah menjadi keperluan dalam pengurusan projek pembinaan moden.

“Langkah kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya (KKR) dan CIDB Malaysia mewujudkan fasiliti latihan BIM di Kota Kinabalu menunjukkan komitmen serius dalam membantu pemain industri pembinaan di Sabah meningkatkan kompetensi dan kemahiran digital.

Advertisement
“Pada masa sama, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sebelum ini turut memaklumkan bahawa fasiliti BIM berkenaan dibangunkan dengan pelaburan bernilai RM2.25 juta bagi memperkukuh pembangunan teknologi dan latihan industri pembinaan di Sabah,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, kemudahan berkenaan bakal memberi manfaat besar khususnya kepada kontraktor Bumiputera Sabah agar tidak ketinggalan dalam arus digitalisasi industri pembinaan negara.

Advertisement
Menurutnya, inisiatif itu turut selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang memberi penekanan kepada pembangunan modal insan, peningkatan kemahiran teknikal dan transformasi digital industri.

Sementara itu, Dr Roland berkata transformasi digital dalam industri pembinaan khususnya BIM akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan berkemahiran tinggi kepada rakyat Sabah selain meningkatkan daya saing kontraktor tempatan di peringkat nasional.

“Pada masa sama, ia akan membantu pemain industri tempatan meningkatkan keupayaan dalam teknologi BIM sekali gus meningkatkan produktiviti dan pelaksanaan projek,” katanya.

Terdahulu, sesi perkongsian mengenai teknologi BIM bertajuk ‘Introduction to Building Information Modelling (BIM Concept & Theory)’ turut disampaikan Naib Presiden PKBAS Ts Mohd Izzul Filzi Hassan yang menyentuh kepentingan BIM dalam meningkatkan kecekapan projek, koordinasi teknikal serta pengurusan pembinaan secara lebih sistematik. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here