Sun, 19 Apr 2026
Headlines:
Pengawal peribadi ugut bunuh didakwa 
Published on: Friday, April 17, 2026
Published on: Fri, Apr 17, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Pengawal peribadi ugut bunuh didakwa 
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 
Kota Kinabalu: Seorang pengawal peribadi berusia 36 tahun didakwa di Mahkamah Majistret pada Khamis atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah.

Johnny Roni mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan mengugut untuk membunuh seorang lelaki, Roney Taipok pada jam 4.30 petang, 7 April lalu di hadapan sebuah rumah di Kampung Nabangkung, Kobusak, Penampang.

Advertisement
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM5,000 dengan dua penjamin.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Peguam bertugas Lim Ming Zoong yang mewakili tertuduh memohon jaminan lebih rendah dengan alasan anak guamnya bekerja sebagai pengawal peribadi.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Jun untuk pengurusan kes pra-bicara dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,600 dengan dua penjamin selain syarat tambahan tidak mengganggu pengadu atau saksi pendakwaan serta perlu melapor diri kepada pegawai penyiasat sekali setiap bulan.

Advertisement
Dalam kes berasingan dua wanita didenda keseluruhan RM3,300 kerana memiliki peralatan perjudian.

Nurfarhanah Mat Zaidin, 34, didenda RM1,700 atau penjara sebulan selepas mengaku bersalah memiliki empat keping loteri tanpa lesen sah pada 31 Januari lalu kira-kira jam 2.40 pagi di kaki lima sebuah restoran di Donggongon Point, Penampang.

Advertisement
Mahkamah dimaklumkan bahawa barangan yang dirampas daripadanya termasuk sebuah telefon bimbit Nokia, wang tunai RM52, pencetak mudah alih serta empat slip loteri haram.

Sementara itu Norlin Kamis, 24, didenda RM1,600 atau penjara sebulan selepas mengaku bersalah memiliki tiga keping tiket loteri tanpa lesen pada 27 Januari lalu, kira-kira jam 1.30 petang di luar sebuah restoran di Kivatu, Penampang.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Yusdi Basri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here