Fri, 10 Apr 2026
Headlines:
Wanita didenda ugut ayah guna pisau
Published on: Thursday, April 09, 2026
Published on: Thu, Apr 09, 2026
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Wanita didenda ugut ayah guna pisau
Kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang wanita berusia 52 tahun didenda RM4,500 atau penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret pada Rabu kerana mengugut ayahnya dengan sebilah pisau.

Yap Lay Ying yang tidak bekerja mengaku bersalah di hadapan Majistret Marilyn Kelvin atas pertuduhan mengugut untuk mencederakan bapanya Yap Hon Chow, 76 tahun dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Wijaya Park, Manggatal pada jam 9.30 malam, 30 Mac.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan memberitahu mahkamah bahawa ketika kejadian pengadu berada di dapur apabila Lay Ying menjadi agresif, mengugut dan mengacukan pisau untuk menyerangnya. Isteri pengadu kemudiannya campur tangan dan berjaya menenangkan keadaan sebelum Lay Ying kembali ke biliknya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Insiden itu berlaku selepas pengadu menolak permintaan wang daripada Lay Ying yang sebelum ini pernah bertindak agresif apabila permintaannya tidak dipenuhi sekali gus menimbulkan rasa takut terhadap keselamatan pasangan itu.

Polis menahan Lay Ying kira-kira sejam kemudian dan merampas sebilah pisau dari biliknya. Suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Dalam rayuan mitigasi Yap memohon hukuman ringan atas alasan tekanan emosi manakala pendakwaan menekankan hukuman sebagai pengajaran.

Dalam kes lain seorang lelaki berusia 30 tahun, Alif Hussein dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana memiliki alat pecah rumah tanpa alasan sah termasuk tiga pemotong kabel dan satu rantai block di Jalan Coastal pada 2 April jam 5 petang.

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 18(e) Ordinan Kesalahan Kecil (Sabah) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga enam bulan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan memaklumkan polis menemui van mencurigakan di Jalan Pantai Sembulan yang gagal berhenti menyebabkan kejar-mengejar. 

Pemandu van melarikan diri tetapi Alif ditangkap di Jalan Coastal selepas melawan dan mencederakan seorang anggota polis. Polis merampas van dan alat-alat dan siasatan mendapati Alif gagal memberi alasan munasabah dan mengaku terlibat dalam kes kecurian kabel dan kes-kes kecurian lain di sekitar bandar.

Tanpa diwakili peguam Alif memohon hukuman ringan kerana telah berkahwin dan mempunyai bayi berusia dua bulan. Pendakwa Inspektor Yusdi Basri memohon hukuman pengajaran. 

Mahkamah memerintahkan Alif menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkapannya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here