Mon, 6 Apr 2026
Headlines:
Komuniti Cina Sabah hargai inisiatif Sara
Published on: Friday, February 20, 2026
Published on: Fri, Feb 20, 2026
By: Jonathan Nicholas
Text Size:
Text:
Komuniti Cina Sabah hargai inisiatif Sara
GOH (tiga dari kiri) bersama Mustapha dan Grace (kanan) semasa lawatan mesra di Lido pada Ahad.
Kota Kinabalu: Ramai dalam komuniti Cina di Sabah menyatakan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena program lawatan mesra Tahun Baharu Cina selama dua hari dengan memuji program Sumbangan Asas Rahmah (Sara) serta pengumuman peruntukan tambahan RM20 juta kepada Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) di seluruh negara bagi menaik taraf kemudahan serta prasarana asas.

Ketua PKR Kota Kinabalu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Dilantik Grace Lee ketika ditemui semasa lawatan itu di Lido pada Ahad berkata inisiatif itu bertujuan mengukuhkan hubungan dengan komuniti Cina.

Advertisement
“Orang ramai sangat gembira dengan beliau kerana program Sara dan menghargai usaha seumpama itu terutama di kawasan Damai, di mana kami melihat ramai wajah yang dikenali.

“Ketua PKR Sabah meangkap Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Mustapha Sakmud juga akan mengadakan program di Inanam namun komuniti Cina di sana sering datang ke Lido untuk membeli-belah sempena Tahun Baharu Cina,” katanya acara turut disertai pemilik Lido Tan Sri T.C. Goh.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sebanyak 500 kotak limau mandarin dan 3,000 kalendar yang memaparkan imej Perdana Menteri serta ucapan Tahun Baharu Cina telah diedarkan kepada pemilik gerai dan pengunjung.

Menurut Grace pihaknya berada di lokasi berkenaan seawal 5.45 pagi untuk menyerahkan sendiri limau dan kalendar kepada setiap gerai.

Advertisement
“Agihan bermula pada Sabtu di kedai-kedai sekitar Damai dan akan berakhir tengah hari di Jalan Gaya serta Kampung Air di pusat bandar.

“Usaha bersama ini dirangka bagi memperkukuh penglibatan dengan komuniti Cina setempat.

Advertisement
“Diharapkan ia dapat diteruskan sebagai tradisi tahunan,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here