Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Wanita warga China didenda masuk Sabah secara haram
Published on: Wednesday, March 04, 2026
Published on: Wed, Mar 04, 2026
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Wanita warga China didenda masuk Sabah secara haram
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Jabatan Imigresen Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang wanita warga China berusia 29 tahun yang memasuki negeri ini secara tidak sah serta gagal melapor diri kepada pegawai imigresen ketika tiba di Sabah, didenda keseluruhan RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen pada Selasa.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu terhadap Lin Miao selepas tertuduh mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dihadapinya.

Advertisement
Bagi pertuduhan pertama Lin didenda RM3,000 atau penjara empat bulan jika gagal membayar denda kerana memasuki negeri ini secara tidak sah pada jam 5.40 petang, 11 Februari lalu di tingkat dua Bahagian Pemeriksaan Imigresen Transborder/Transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Jabatan Imigresen Malaysia yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda maksimum RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Bagi pertuduhan kedua tertuduh turut didenda RM3,000 atau penjara empat bulan kerana gagal melaporkan ketibaannya kepada pegawai imigresen di KKIA antara jam 11.45 pagi hingga 4.20 petang pada 5 Februari lalu.

Mahkamah turut memerintahkan Lin dirujuk kepada Jabatan Imigresen selepas menjelaskan denda atau menjalani hukuman penjara untuk tindakan lanjut.

Advertisement
Dalam prosiding sama dua lelaki warga Indonesia masing-masing didenda RM3,000 atau penjara empat bulan kerana memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Kedua-dua pendatang tanpa izin itu ditahan dalam satu operasi oleh anggota imigresen di bandar ini baru-baru ini selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri.

Advertisement
Mereka kemudian membayar denda yang dikenakan dan dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan pengusiran.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Norhayati Abd Hari dan Norizan Awang Tanda.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here