Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Majlis berbuka puasa erat hubungan Kumpulan Yayasan Sabah dan masyarakat
Published on: Monday, March 02, 2026
Published on: Mon, Mar 02, 2026
Text Size:
Text:
Majlis berbuka puasa erat hubungan Kumpulan Yayasan Sabah dan masyarakat
RUSDIN menyampaikan sumbangan wang tunai kepada golongan asnaf yang memerlukan di kawasan berkenaan.
RANAU: Kumpulan Yayasan Sabah melalui Zon Pantai Barat Selatan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Zon Kumpulan Yayasan Sabah bersama masyarakat setempat sebagai inisiatif memperkukuh hubungan silaturahim dan menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan yang mulia.

Majlis yang berlangsung di Masjid Al-Kauthar, Kgampung Lohan 1 itu telah dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan merangkap Pengerusi Perbadanan Pinjaman Sabah Datuk Rusdin Riman, Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Zulkhairi Ismail, pengurusan Kumpulan Yayasan Sabah, ketua-ketua masyarakat dan penduduk setempat dari sekitar zon berkenaan.

Advertisement
Rusdin dalam menzahirkan penghargaan kepada Kumpulan Yayasan Sabah yang konsisten mendekati masyarakat menerusi program kemasyarakatan khususnya pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan. 

Menurut beliau penganjuran majlis seumpama ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara agensi dan rakyat malah menjadi platform untuk menyantuni golongan yang memerlukan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian sumbangan wang tunai kepada 20 orang asnaf, sumbangan kelengkapan kepada pihak masjid daripada Kumpulan Yayasan

Sabah, tazkirah Ramadan dan solat Maghrib sebelum para hadirin menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan seterusnya solat fardu Isyak dan Tarawih berjemaah.

Advertisement
Penganjuran majlis berkenaan mencerminkan komitmen Kumpulan Yayasan Sabah untuk terus memainkan peranan aktif dalam pembangunan sosial dan kemasyarakatan selaras dengan aspirasi untuk membina masyarakat yang harmoni dan sejahtera.

Sementara itu Kumpulan Yayasan Sabah pada program berasingan turut mengadakan majlis sama bagi Zon Pantai Timur Utara. 

Advertisement
Majlis terbabit berlangsung di Masjid Nur Ikhlas, Kampungg Sinar Baru, Batu 12, Sandakan.

Acara telah dihadiri Pemimpin Pembangunan Masyarakat Gum Gum merangkap Pengerusi Innoprise Capital Sdn Bhd Datuk Jaffari Waliam dan Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Zulkhairi Ismail.

Jaffari dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat atas komitmen menjayakan majlis berkenaan. 

“Ini adalah usaha berterusan Kumpulan Yayasan Sabah dalam mendekati masyarakat menerusi program kemasyarakatan khususnya pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan. 

“Penganjuran majlis seumpama ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara agensi dan rakyat malah menjadi platform untuk menyantuni golongan yang memerlukan,” ujarnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here