Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Kerajaan Perlis terus jalin hubungan erat dengan Sabah
Published on: Sunday, March 01, 2026
Published on: Sun, Mar 01, 2026
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Kerajaan Perlis terus jalin hubungan erat dengan Sabah
TUANKU Syed Faizuddin berkenan menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak asnaf pada majlis itu.
SANDAKAN: Lawatan Kerja Kerajaan Negeri Perlis ke Sabah, dikenali sebagai Eks Perbah, merupakan manifestasi kerjasama jangka panjang antara kerajaan negeri Sabah dan kerajaan negeri Perlis yang telah terjalin sejak 2003. 

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bertitah, hubungan itu dibina atas landasan kepercayaan, komitmen serta kepentingan bersama demi memastikan kesejahteraan anggota keselamatan dan masyarakat setempat terus terpelihara.

Advertisement
“Program ini bukan sahaja memberi tumpuan kepada kebajikan anggota keselamatan di pos-pos kawalan di kawsan pulau dan yang lain, malah ia turut diperluaskan melalui pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) serta aktiviti kebajikan yang memberi manfaat secara langsung kepada komuniti setempat,” titah baginda pada Majlis Apresiasi Eks Perbah 2026 di The Elopura Hotel, di sini, pada Jumaat. 

Tuanku Syed Faizuddin berkata, daripada pelaksanaan program ini, setiap kejayaan Eks Perbah juga adalah hasil kerjasama erat, komitmen berterusan, dan dedikasi semua pihak melibatkan jabatan kerajaan, rakan strategik, serta sektor korporat dan swasta. 
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here