Kota Kinabalu: Persatuan Tinju Negeri Sabah (PTNS) telah menerima sebuah gelanggang tinju standard Olimpik baharu sumbangan Persekutuan Tinju Malaysia (MBF) baru-baru ini.
Penyerahan gelanggang yang dinamakan sebagai ‘Orlando Ring’ bagi menghormati presiden Persatuan Tinju Sabah Datuk Orlando Harumal telah diadakan di Dewan Bola Keranjang Tuaran.
Presiden MBF Datuk Iruan Dzulkifli berkata gelanggang standard Olimpik yang diberikan itu bertujuan untuk meningkatkan keupayaan tinju negeri dan akan digunakan dalam kejohanan tinju negeri akan datang.
“Ini merupakan satu langkah penting bagi sukan tinju di Sabah dan ia menonjolkan statusnya sebagai negeri paling aktif di negara ini.
“Gelang baharu ini, yang ditetapkan bagi meningkatkan taraf pertandingan tempatan, dinamakan “Orlando Ring” sebagai penghormatan kepada presiden Sabah yang paling lama berkhidmat, Datuk Orlando Harumal sebagai penghormatan kepada perkhidmatan dan kepimpinan berdedikasi selama bertahun-tahun dalam mempromosikan tinju di negeri ini,” katanya.
Iruan turut mengikrarkan komitmennya dalam pembangunan tinju di Sabah dan berharap dengan latihan dan sokongan yang betul, petinju-petinju ini dapat ke Sukan Olimpik suatu hari nanti.
Orlando memuji Iruan atas sokongannya terhadap badan tinju negeri itu sejak memegang jawatan sebagai presiden MBF, yang menyaksikan peningkatan ketara di bawah tempoh perkhidmatannya.
“Kami diketuai oleh presiden tinju di peringkat kebangsaan yang berwibawa dan prihatin terhadap tugasnya.
“Ini adalah kali pertama sejak saya terlibat dalam tinju bahawa seorang presiden bukan sahaja berjanji tetapi juga mengotakannya dengan tindakan.
“Kejohanan Tinju Kebangsaan yang telah berlangsung dengan jayanya di Sabah selama dua tahun berturut-turut membuktikan kesungguhanya dengan kerap menghadiri acara di Sabah.
“Iruan juga pernah membekalkan kami peralatan tinju sebelum ini, yang banyak memberi manfaat kepada atlet tempatan.
“Kami komited untuk menyokong kepimpinannya dan ingin merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan beliau,” tambahnya.