Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Misi jadikan MYSpace kuasa strategik
Published on: Wednesday, February 11, 2026
Published on: Wed, Feb 11, 2026
By: GL Oh
Text Size:
Text:
Misi jadikan MYSpace kuasa strategik
NIZAM ketika menyampaikan ucapannya.
Kota Kinabalu: Menteri Pembangunan Belia, Pembangunan Sukan dan Ekonomi Kreatif (MYSpace) Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dalam misi untuk mengubah persepsi kementerian itu daripada entiti pinggiran kecil kepada kuasa strategik dalam kerajaan.

Beliau membuat gesaan itu pada Majlis Amanat Menteri dan Ikrar Bebas Rasuah yang diadakan pagi Selasa.

Advertisement
“Saya ingin nyatakan pendirian saya dengan jelas, kementerian ini tidak lagi boleh dilihat sebagai kementerian pinggiran, dan kita bukan kementerian sampingan yang hanya menguruskan acara, program bermusim atau aktiviti simbolik. 

“Di bawah kepimpinan saya, kita mesti tampil sebagai sebuah kementerian strategik yang secara langsung menyumbang kepada kesejahteraan sosial, pembentukan modal insan dan kekuatan ekonomi masa depan Sabah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Belia, sukan dan ekonomi kreatif adalah komponen teras pembangunan negeri. Jika kita gagal mengurus belia dengan baik, kita menangguhkan masalah sosial masa depan. Jika kita gagal memanfaatkan sukan dan kreativiti sebagai sebuah industri, kita kehilangan peluang ekonomi yang besar.

“Justeru, saya mahu semua kakitangan kementerian memahami tanggungjawab kita adalah besar dan memberi impak jangka panjang,” katanya.

Advertisement
Beliau juga berkata sukan mesti dilihat sebagai satu pelaburan sosial dan ekonomi kerana sumber yang diperuntukkan ke arah membangunkan program akar umbi dan atlet berprestasi tinggi menjadi asas bagi ekosistem sukan yang mampan.

“Pembangunan sukan akar umbi dan atlet berprestasi tinggi mesti bergerak seiring dengan pembinaan ekosistem sukan yang mampan, supaya sukan bukan sekadar menelan belanja, tetapi industri yang menyumbang kepada ekonomi, pelancongan dan imej negeri.”

Advertisement
Beliau turut menekankan kepentingan Tabung Kebajikan Sukan Sabah untuk dilancarkan tahun ini. 

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk menjaga kebajikan atlet, jurulatih yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan dedikasi mereka kepada negeri. Kebajikan mereka perlu dijaga secara berterusan dan teratur.”

Mengenai ikrar bebas rasuah, beliau berkata ia bukan ‘upacara kosong’ tetapi peringatan bahawa mereka memikul amanah daripada rakyat dan setiap pengkhianatan akan merosakkan kepercayaan kepada kerajaan.

“Saya ingin menegaskan bahawa di bawah kepimpinan saya, tiada toleransi terhadap rasuah, salah guna kuasa atau kecuaian dalam menjalankan tanggungjawab.

“Setiap keputusan, setiap kelulusan dan setiap perkhidmatan mesti lahir daripada niat yang bersih dan komitmen untuk bekerja keras demi masyarakat, bukan untuk kepentingan peribadi.”
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here