Sun, 5 Apr 2026
Headlines:
Lelaki ditahan ganggu bekas isteri
Published on: Sunday, February 08, 2026
Published on: Sun, Feb 08, 2026
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Lelaki ditahan ganggu bekas isteri
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan ugutan jenayah di mana pelaku boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya. 
RANAU: Seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun ditahan selepas didapati membuat kacau di tempat kerja bekas isterinya berhampiran pekan pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi di sebuah kedai roti di Pekan Ranau itu mangsa seorang wanita tempatan berusia 32 tahun didatangi bekas suaminya yang berada dalam keadaan marah.

Advertisement
Suspek datang ke kedai sambil memegang sepana dan menjerit kepada rakan sekerja pengadu. Pengadu dan rakan-rakannya berasa terancam kemudiannya menghubungi polis untuk tindakan lanjut.

Siasatan mendapati kejadian seumpama itu kerap berlaku di hadapan kedai apabila suspek sering mengganggu bekas isterinya ketika sedang bekerja.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Suspek didakwa kerap membawa sepana besar sehingga menyebabkan bekas isterinya berasa takut sesuatu yang tidak diingini berlaku.

Lelaki berkenaan dan isterinya sedang dalam proses perceraian hampir sebulan dan mempunyai empat anak hasil perkahwinan mengikut adat kampung sahaja.

Advertisement
Bertindak atas maklumat dari bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau pada hari yang sama sepasukan polis menahan suspek dan merampas sepana sepanjang 30 inci.

Suspek ditahan dan dibawa ke Balai Polis Ranau untuk tindakan lanjut kerana siasatan awal belum memperoleh pengakuan positif berhubung insiden ugutan tersebut.

Advertisement
Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman bagi kesalahan ugutan jenayah di mana pelaku boleh dipenjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya. 

Jika ugutan melibatkan ancaman nyawa, kecederaan serius atau kemusnahan harta benda dengan api, hukuman penjara boleh ditingkatkan sehingga tujuh tahun.

Polis memohon reman selama empat hari bermula 7 Februari hingga 10 Februari 2026.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here