Sat, 4 Apr 2026
Headlines:
Suspek kes curi tabung surau diberkas
Published on: Sunday, February 08, 2026
Published on: Sun, Feb 08, 2026
By: Amir Anuar
Text Size:
Text:
Suspek kes curi tabung surau diberkas
RAKAMAN kamera litar tertutup yang menunjukkan gerak-geri suspek ketika mencuri tabung di sebuah surau.
TAWAU: Seorang lelaki tempatan diberkas selepas didapati membawa peralatan mencurigakan yang lazimnya digunakan dalam aktiviti pecah rumah di Taman Semarak pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu suspek berumur 27 tahun itu turut membuat pengakuan sebagai pelaku yang terlibat dalam satu kes curi tabung di sebuah rumah ibadat yang baharu dilaporkan kepada pihak polis baru-baru ini.

Advertisement
Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin berkata penahanan terhadap suspek dijalankan oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Tawau ketika melaksanakan Ops Ronda Cegah Jenayah di kawasan terbabit.

“Pasukan polis yang menjalankan rondaan pada awalnya menahan suspek kerana berkelakuan mencurigakan untuk menjalankan pemeriksaan badan termasuk beg galas yang dibawanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagaimanapun ketika pemeriksaan polis menjumpai pelbagai peralatan seperti pemotong besi, pemutar skru, besi tajam yang diubahsuai, batang besi dan lampu suluh yang disyaki digunakan untuk jenayah.

“Hasil siasatan awal juga mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes curi tabung surau yang berada dalam siasatan polis mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan selepas dilaporkan pada Khamis lalu. 

Advertisement
“Semakan terhadap latar belakang suspek menunjukkan pemuda itu turut mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau termasuk kes berkaitan dadah dan jenayah harta benda di Tawau dan Semporna.

“Berikutan itu suspek dan barang rampasan kemudiannya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan dan siasatan lanjut termasuk berkaitan dengan pengakuannya”, katanya 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here