KOTA KINABALU: Kenyataan Kementerian Dalam Negeri bahawa Sabah tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan kad pengenalan sendiri disifatkan sebagai jawapan malas serta mengelak isu sebenar, selain mengulangi sikap tidak ikhlas yang didakwa telah lama ditunjukkan oleh pentadbiran terdahulu.
Naib Ketua Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Yong Yit Jee berkata, isu sebenar bukanlah siapa yang mengeluarkan MyKad, tetapi siapa yang menentukan status rakyat Sabah.
“Sabah IC tidak pernah dicadangkan sebagai pengganti MyKad dan bukan mekanisme untuk memberikan kewarganegaraan Malaysia.
“Kewarganegaraan serta pendaftaran nasional kekal sebagai bidang kuasa Persekutuan dan tiada apa dalam cadangan Sabah IC yang bercanggah dengan undang-undang Persekutuan, Perlembagaan Persekutuan atau Akta Pendaftaran Negara,” katanya dalam kenyataan, Jumaat.
Advertisement





