Fri, 3 Apr 2026
Headlines:
Perkukuh komunikasi wakil rakyat, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan
Published on: Friday, January 16, 2026
Published on: Fri, Jan 16, 2026
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Perkukuh komunikasi wakil rakyat, Jabatan Perkhidmatan Kebajikan
SANDAKAN: Satu mekanisme komunikasi lebih tersusun perlu diwujudkan bagi memastikan aduan serta isu kebajikan yang dibangkitkan oleh wakil rakyat dapat ditangani dengan lebih cepat dan berkesan di peringkat jabatan tegas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura Calvin Chong (gambar)

“Isu kerjasama strategik antara wakil rakyat dan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan perlu diberi penekanan bagi memperkukuhkan sistem penyampaian bantuan.

Advertisement
“Ia khususnya dalam memastikan kebajikan golongan rentan terus terbela,” katanya ketika beliau bersama barisan wakil rakyat Parti Warisan kawasan Sandakan menghadiri satu mesyuarat bersama Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Sandakan yang bertujuan membincangkan secara menyeluruh pelbagai isu berkaitan kebajikan rakyat baru-baru ini.

Calvin menyatakan mesyuarat berkenaan turut menilai keberkesanan sistem bantuan kebajikan sedia ada selain mengenal pasti ruang penambahbaikan supaya setiap bantuan disalurkan benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Menurut beliau fokus perbincangan merangkumi kebajikan warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, kanak-kanak serta keluarga berpendapatan rendah yang semakin terkesan akibat peningkatan kos sara hidup.

Dalam sesi tersebut, Calvin mengemukakan beberapa persoalan dan cadangan penting antaranya meminta penjelasan sama ada terdapat perancangan untuk menambah kuota bantuan khusus bagi warga emas selaras dengan peningkatan jumlah permohonan yang diterima setiap tahun.

Advertisement
Beliau juga meminta data dan statistik terkini berkaitan permohonan bantuan kebajikan di Sandakan terutamanya di kawasan Elopura termasuk jumlah permohonan yang diterima, diluluskan, masih dalam proses serta yang ditolak, bagi tujuan pemantauan yang lebih telus dan berkesan.

“Selain itu terdapat keperluan penambahbaikan prosedur permohonan bantuan termasuk tempoh pemprosesan yang lebih munasabah dan penyampaian maklumat yang jelas kepada rakyat bagi mengelakan kekeliruan serta memastikan golongan layak tidak tercicir,” katanya. 

Advertisement
Calvin berharap hasil mesyuarat berkenaan dapat diterjemahkan kepada tindakan susulan yang konkrit demi memperkukuhkan sistem kebajikan sedia ada.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here